Tuesday 12 March 2013

Bachelor Sains Taman dan Rekreasi




Assalamualaiku..kali aini aku mahu memperkenalkan kursus yang aku ambil di Fakulti Perhutanan,UPPM. Kursus yansg aku ambil ini adalah kursus yang pertama di Malaysia dan kami merupakan Batch yang pertama di Malaysia juga. Untuk makluman kalian juga kursus ini tiada minor dan major. Sebelum ini, Sains Perhutanan(Rekreasi),ini bermakna generasi sebelum aku mengambil Rekreasi sebagai major mereka tetapi sekarang sudah ada program solid untuk bidang rekreasi. Aku mahu memperkenalkan bidang aku ini kerana ramai ytang tidak tahu mengenainya dan menganggap kursusu yang aku ambil ini adalah kursus landscape. Jadi dengan ini terjawablah segala persoalan anda. INFO SELANJUTNYA


FALKUTI BSTR TERLETAK DI SISFEC. TIAP2 HARI AKU AKAN KESANA...OK..DAH TAK PANDANG UPM SERDANG DAH KAN..SEKARANG DAH JADI ORANG KAYANGAN DAH KAN...










Pengenalan


Objektif program ini ialah bertujuan untuk menghasilkan tenaga terlatih dalam bidang pengurusan taman dan rekreasi dan eko-pelancongan bagi menampung keperluan negara. Pelajar akan didedahkan kepada konsep, teori, dan kaedah berdasarkan maklumat, bahan, dan teknologi terkini. Program ini bukan sahaja akan melahirkan graduan yang menepati keperluan masa kini dan masa hadapan. Sejajar dengan trend global, iaitu "green tourism" yang memberi fokus kepada rekreasi dan pelancongan berimpak rendah dan mampan. Graduan dibekalkan dengan kemahiran pengurusan yang memanfaatkansains dan teknologi semasa serta asas penyelidikan, mampu menangani isu yang relevan serta menghasilkan idea dan teknologi baru yang mesra alam. Tempoh pengajian program Bacelor Sains Taman dan Rekreasi ialah empat tahun ( 8 semester ). Secara khusus, program ini akan melahirkan graduan berikut :




a) terlatih dan profesional yang berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan menilai sumber dan aktiviti dalam bidang taman dan rekreasi,




b) dapat mengurus penggunaan teknologi terkini dalam pelbagai industri taman dan rekreasi serta pelancongan eko di sektor awam dan swasta,




c) beretika, prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang dalam usaha menjadikan Malaysia negara terbilang, dan




d) berupaya menjalankan penyelidikan dalam bidang sains taman dan rekreasi.




Program




Program Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (BSTR) adalah program profesional yang mengambil masa selama 4 tahun (8 semester, 137 kredit). Pelajar dikehendaki mengambil kursus elektif sebanyak 34 kredit daripada senarai kursus elektif yang disenaraikan.







Peluang Pekerjaan




Antara bidang-bidang perkhidmatan yang memerlukan graduan Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (BSTR) dalam sektor awam dan swasta adalah seperti berikut :




a. Sektor Awam




Di dalam sektor awam terdapat beberapa kementerian dan Jabatan yang dapat menawarkan pekerjaan ialah Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi. Manakala jabatan dan institusi yang dapat menawarkan pekerjaan kepada graduan BSTR ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Perhutanan Sarawak, Jabatan Perlindungan hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Majlis Perbandaran, universiti dan lain-lain. Antara jawatan yang boleh disandang adalah seperti berikut :




* Pengurus Taman dan Rekreasi

* Pengurus Hutan Lipur

* Pegawai Hidupan Liar

* Pengurus Zoo

* Penguasa Taman Negara

* Pemelihara Hutan

* Pegawai Penyelidik

* Pegawai Sains

* Pegawai Perhubungan Awam

* Pegawai Tadbir / Pegawai Tadbir dan Diplomatik

* Pegawai Penerangan

* Pengawai Penguatkuasa

* Pengajar Politeknik, INSTITUSI kemahiran dan Kolej Komuniti, Pusat Latihan

* Pegawai Tentera dan Polis

* Guru dan Pensyarah Bidang Perkayuan atau Perhutanan




b. Sektor Swasta




Graduan BSTR boleh bekerja dengan syarikat perkayuan yang terlibat dalam pelbagai industri berasaskan kayu seperti pengilangan papan, kilang papan lapis, kilang perabot, pembuatan papan panel kayu, papan serpai, pulpa dan kertas dan lain-lain lagi. Di samping itu peluang untuk menceburkan diri sebagai usahawan dalam industri perkayuan oleh graduan BSTR adalah luas. Antara jawatan yang sesuai di sektor industri berasaskan kayu dan berkaitan adalah seperti berikut :




* Pengurus Resort

* Jurulatih Rekreasi dan Kepimpinan

* Pengurus Taman Tema

* Pengurus Pelancongan dan Rekreasi

* Usahawan

* Pengurus Sumber Manusia

* Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan

* Pengurus Pemasaran

* Pengurus Promosi

* Pengurus Projek

* Pegawai Seranta

* Perunding

* Pegawai Keselamatan dan Kesihatan




Sisipan


18 comments:

  1. wah thanks akak. very informative :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome dear..do you will take this course? ^_^

      Delete
  2. Tq very much,.,. sangat bermanfaat kpd lepasan spm mcm saya.. yang sedang mencari kos yang sesuai,.. Huhu.. pernah pergi SISFEC,.. serious suka tempatnye, aman sangat,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik lepasan spm ye..inshaaallah..kalau adik berminat dengan aktiviti2 lasak adik nanti boleh sambung ijazah dalam course ini nanti..all the best!!

      Delete
  3. saya akan ambil kos ni nnti.. x sabar nk thu lebih lanjut pasal kos ni . thamks kak utk info prospek kerjaya tu..

    ReplyDelete
  4. Salam, saya berminat dengan course ini dan saya skrg mrupakan pelajar asasi upm. Apa peluang kerjaya pd graduan bachelor ini luas?

    ReplyDelete
  5. Salam, saya berminat dengan course ini dan saya skrg mrupakan pelajar asasi upm. Apa peluang kerjaya pd graduan bachelor ini luas?

    ReplyDelete
  6. BSTR ni kan macam mana ? Belajar pasal apa je

    ReplyDelete
  7. Bstr ni sama ke dgn sains prrhutanan

    ReplyDelete
  8. Tak sama..sains perhutanan lebih kepada hutan manakala bstr lebih kepada rekreasi & ekopelancongan

    ReplyDelete
  9. hi senior saya merupakan student bstr batch 9. seronok sangat course ni. enjoy je study

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, boleh saya tahu course ni belajar apa je

      Delete
    2. hi boleh saya tahu nanti course ni belajar apa je ea?

      Delete
  10. hai akak, saya baru lepas spm dan berminat dengan course ni. course ni tak kisah kan samada budak sains atau sastera?

    ReplyDelete
  11. hai nak tanya, bacelor sains taman dan rekreasi ni dah tukar nama jadi bacelor sains hortikultur ke?

    ReplyDelete