Monday 3 December 2012

Episod 3~ Hatiku Terguris lagi


Assalamualaikum..boleh saya duduk disini?”.tanya Saiful
Sewaktu itu Zulfa duduk bersendirian dibawah pokok yang berhadapan dengan perpustakaan sementara menunggu Saida untuk pulang bersama-sama.
                Waalaikumusalam.. duduklah kalau tak malu..”. jawab Zulfa dengan selamba
Saya memang tak malu, lagi-lagi dengan awak”. Jawab Saiful sambil mengambil tempat berhadapan dengan Zulfa.
                Zulfa hanya membaca buku dan tidak menghiraukan Saiful yang ada di depannya.
                Awak saya dah lama nak bercakap dengan awak. Sebenarnya saya dah lama nak sangat berkawan dengan awak.
                Nak kawan, kawan aje lah.. hah macam mana awak boleh ada nombor telefon saya?”. Tanya Zulfa
                oo.. pasal tu  macamana saya dapat itu tak penting,nak seribu daya..tak nak seribu dalih”. Balas Saiful
                pandai jelah awak berbahasa ye.. “jawab Zulfa
                mestilah.. aritu awak tak tunggu pun saya..”. kata Saiful
                bila?... ooo.. time ada seorang mamat ni..saya dah lupa lah nama dia..dia suruh tunggu nak panggil kawan dia
                Aman nama budak tu.” Celah Saiful
                Yes.. Aman.. awaklah rupanya kawan dia tu.. sorilah saya tak dapat nak tunggu lagipun hari itu dah lewat. Saya ada juga panggil Aman tu tapi laju je dia pecut..”kata Zulfa sambil gelak
                Hahaha…”Saiful juga turut gelak
Aman tu kelakar nya”. Kata Zulfa
Ha ah.. dia memang kelakar walaupun saya baru kenal dengan dia tapi hati dia baik..”kata Saiful
Iyelah baik.. dia kan yang tolong kejar saya untuk awak..”kata Zulfa
Waktu saya seganlah awak,sayakan budak baru kat sekolah ini,lagipun Aman kan dah lama sekolah kat sini..
Ha ah itu pun budak kecik becok dah sampai. Nanti dia tengok awak dengan saya ni bila lah dia nak kecoh..”kata Zulfa
Kalau macam itu saya minta diri dulu.. malam ini saya call tau.. kalau saya hantar mesej bukannya awak nak balas pun. Kedekut sangat kredit tu..”kata Saiful
Eee… sengallah awak ni..”balas Zulfa
Saiful hanya tersenyum dan terus beredar dari itu tanpa berpaling dan mengangkat tanga kanannya yang menunujukkan isyarat selamat tinggal. Zulfa hanya turut tersenyum dengan tindakan Saiful itu. Dari jauh sudah nampak kelibat Saida tanpa berlengah dia terus mendapatkan Zulfa yang masih setia disitu. Mereka pulang bersama-sama pada petang itu dan mujurlah Saida tidak nampak Zulfa berbual-bual dengan Saiful kalau tidak pasti gamat dibuatnya.
Pada malam itu Zulfa terasa berdebar-debar menunggu panggilan dari Saiful tapi jam sudah menunujukkan pukul 12 tengah malam. Hati Zulfa agar kecewa kerana  Sauful tidak call dia pada malam itu.
Hati Zulfa bergetus. Buat apa yang aku nak kecew sangat, dia bukannya ada apa-apa pun dengan aku. Baik aku pergi tido dah lewat dah ini. Esok aku tak bangun aku juga yang susah. Malam itu Zulfa tidak dapt tidur. Dia hanya bergolek-golek di atas katilnya sehinggalah matanya terlelap sendiri. Dia pun tidak tahu pukul berapa yang dia terlelap.
Selamat pagi..Sori.. saya memang nak call awak semalam  tapi saya tertidur pula….
Pagi itu Zulfa menerima pesanan ringkas dari Saiful. Tiba-tiba hatinya rasa sungguh berbunga-bunga dan riang sekali.
Selamat pagi.. semalam pun saya tidur awal juga..hehe..”balas Zulfa
Selepas selesai sarapan yang disediakan ibunya dan bersalaman dengan ibunya.. Zulfa bergegas ke kereta ayahnya dan adik-adiknya yang lain sudah ada di dalam kereta. Sesudah sampai diperkarangan sekolah. Zulfa bersalaman dengan ayahnya dan terus menuju ke kelas dengan hati yang berbunga-bunga.
Amboi ceria namapk pepagi ini”. Kata Izeti
Oo..iye ke bukan ke tiap-tiap hari aku ceria ke?balas Zulfa
Memanglah tapi pagi ini kau nampak lain sikit..’kata Izeti
Banyak lah kau.. dah lah jom beratur dah lambat ini” balas Zulfa

Selepas beberapa bulan hubungan mereka Saiful dan Zulfa  menjadi rapat dan  peperiksaan sudah semakin hampir. Tiba-tiba ada cerita yang tak sedap didengar. Sedangkan waktu-waktu begini mental dan fikizal seharusnya tidak diganggu dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Sewaktu berjalan menghampiri kantin sewaktu itu Zulfa dan Saida berjalan bersama selepas waktu persekolahan tamat.
Wei kau tengok budak tu..la badan besar macam gergasi,muka taklah cun manapun ada hati nak mengurat Saiful yang handsome tu..”kata Nabila  seraya lalu ditepi Zulfa dan memandang sinis padanya.
Zulfa hanya berighstifar dalam hati. Kalau di ikutkan hati mahu sahaja dia menampar muka budak kelas bawahan tu. Mujurlah juga ada Saida disebelahnya yang juga turut membantunya supaya bersabar. Hatinya mula sebak dengan kata-kata si  Nabila itu. Lantas Zulfa terus terduduk di bangku dan Saida hnya mampu menenangkan Zulfa.  Pada masa yang sama Wajdi boyfriend  Saida lalu di situ.
Wajdi!! Kat sinilah”. Jerit Saida
Kenapa ni Zulfa?” Tanya Wajdi.
Awak ni banyak tanyalah.. tolonglah saya panggilkan Saiful..”kata Saida yang hanya mengikut arahan dan kebinggungan dengan nkeadaan itu.
Ok..ok saya tahu dia ada kat mana. Saya pergi sekarang.”jawab Wajdi tadi berlengah-lengah lagi
Zulfa  menangis teresak-esak tanpa henti dan Saida cuba menangkan Zulfa. Tidak sampai beberapa minit Saiful sampai di situ dan Saida bercerita apa yang berlaku sebenarnya kepada Zulfa yang turut didengari oleh Wajdi. Saida menuggu  Saiful memujuk Zulfa di bangku yang lain yang turut ditemani oleh Wajdi. Saiful menghampiri Zulfa dan duduk disebelah Zulfa. Zulfa pada masa itu masih menangis cuma tidaklah teresak-esak..
Zulfa..”.panggil Saiful dengan nada yang cukup lembut.
Zulfa pandang saya”. Kata Saiful kepada Zulfa yang pada itu menekup mukanya di meja. Zulfa memandang Saiful,mukanya dipenuhi air mata yang tidak putus-putus mengalir,matanya merah. Saiful cuba mengelap air mata Zulfa tapi Zulfa terus mengambil sapu tangan itu dari Saiful dan mengelapnya sendiri. Saiful hanya terdiam sambil melihat wajah Zulfa yang sebam akibat menangis tadi.
Zulfa..sudahlah tu..tak comel lah awak menangis..”pujuk Saiful
Memang saya tak comel pun.”balas Zulfa dalam sedu-sedan
Siapa cakap.. saya tengok awak comel je.. bagi saya awaklah perempuan yang paling cantik dan senyuman awak tiada siapa pun yang boleh tandingi…”kata Saiful
Zulfa hanya memandang wajah Saiful tanpa berkata apa-apa.. saiful memandang serius ke arah muka Zulfa dan seraya berkata.
Zulfa..dah lama saya nak luahkan pada awak.. yang saya sangat menyayangi awak sampai bila-bila.  Selepas ini saya tak akan membenarkan orang lain sakiti awak lagi.
Tangisasn Zulfa mula reda tapi matanya masih merah.
Teriama Kasih Saiful..”balas Zulfa dengan nada yang sangat perlahan
Senyumlah awak..”pujuk Saiful lagi
Zulfa hanya tersenyum..
Hah..kan comel tu awak senyum”. Pujuk Saiful lagi.
Jom saya temankan awak balik”. Kata Saiful. Apabila melihat mereka mahu beredar dari situ Saida dan Wajdi terus menujuk kearah mereka. Saida berjalan di sebelah Zulfa dan memegang tangan Zulfa.
Hati Zulfa sedikit tenang. Zulfa sangat bersyukur kerana Zulfa ada mereka disaat Zulfa memerlukan mereka. Sekarang Zulfa  cuba menengkan hatinya dari terus memikirkan perkara  yang berlaku tadi.
Pada malam itu  Saiful menelefon Zulfa dan ketika itu Zulfa masih bersedih dengan kejadian siang tadi.
Assalamualaikum Zulfa..awak dah ok?”. Tanya Saiful sambil didik di beranda rumahnya.
Waalaikumusalam.. saya ok je..” jawab Zulfa yang menahan esakan dari terus diketahui Saiful.
Awak menangis lagi ye?
Mana adalah..
Kalau tak menangis kenapa suara awak serak-serak macam ini..
Zulfa tidak dapat menahan tangisannya lagi.. dia terlalu sedih dengan apa yang sudah menimpanya.
Saiful.. kenapa awak berkawan dengan saya.. sayakan tak cantik?”Tanya Zulfa yang sedu-sedan..
Zulfa apa yang awak cakapkan ni.. itu semua tak penting.. untuk berkawan tak perlukan alasan kenapa saya berkawan dengan awak..saya ikhlas berkawan dengan awak..saya tak sukalah awak terusan begini..”balas Saiful dengan nada yang tenang..
Awak.. saya dah penat dengan tomahan dan hinaan sebegini. Saya dah tak sanggup dihina lagi’. Kalau sekali dua tu bolehlah saya terima tapi kalau dah selalu… saya juga ada perasaan awak..”kata Zulfa dan tangisannya makin menjadi-jadi
Sabarlah Zulfa.. esok saya jumpa dengan budak-budak yang kurang ajar tu,biar saya ajar diaorang”. Kata Saiful dengan nada yang agak marah.
Jangan.. saya taknak memperbesarkan isu ini.. biarkan la mereka tu..”.balas Zulfa dengan nada yang sudah tenang dan tangisannya mulai reda.
Tapi mana boleh macam itu..
Saya taknak awak jumpa mereka..Saiful.. terima kasih atas segalanya.. tak pe esok kita jumpa lagi.itupun kalau awak masih sudi nak jumpa saya.. saya nak berehatlah..”. kata Zulfa dengan  nada yang tenang
Saya tak suka awak cakap macam itu lagi..kalau boleh tiap-tiap hari saya nak jumpa awak dan berada di sisi awak..baiklah awak berehatlah..selamat malam..
Sejak itu hubungan mereka semakin rapat dan  mereka beremapt sentiasa mengulangkaji pelajaran dan jika tidak memahami sesuatu perkara mereka akan terus berjumpa dengan guru mereka.  Hari berganti hari saat yang dinantikan tiba. Saat dimana mereka perlu berjuang habis-habisan untuk mencapai target masing-masing. Disaat itu juga Zulfa tidak putus-putus memohon pertolongan dari yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan mereka. Selepas beberapa bualn saat yang cukup mendebarkan apabila keputusan peperiksaan diumumukan. Tidak sia-sia usaha mereka selama ini dan masing-masing mendapat keputusan yang cemerlang.
Zulfa telah mendapat tawaran sambung di matrikulasi manakala yang lain di Saida dan Wajdi di uitm dan  Saiful asasi perundangan di uia. Mereka sama-sama keluar untuk meraikan kejayaan mereka setelah berhempas pulas belajar dan hasilnya itu mereka sekarang. Mereka pergi makan di restoran makanan segera KFC yang berada di Megamall Kuantan.
Suasana yang riang bertukar sedih apabila masing-msing terkenang akan memori di sekolah dan tak lama lagi mereka semua akan berpisah dan berjauhan.
Korang dah lama lagi kita semua akan berpisah…sedihlah…”,Saida memmulakan bicaranya setelah hampir 10 minit mereka berdiam diri.
Tak pe la Saida sekarang duniakan dah maju kalau awak rindukan saya telefon ada, internet ada…kan senang tu”,balas Wajdi sambil berseloroh.
Memanglah tapi lepas nih kita dah tak boleh lepak sama-sama dah..nanti Saida rindukan Zulfa macamana… sambil memeluk Zulfa yang duduk disebelahnya.
Zulfa tersenyum dan berkata nanti hari-hari Zulfa telefon Saida ye”,balas Zulfa
Takan Saida sorang je kot”,sampuk Saiful
Zulfa… ada orang jelous la..”,balas Saida sambil ketawa diikuti mereka semua.

No comments:

Post a Comment