Monday 3 December 2012

Episod 2~ Hatiku Terguris lagi



Bila yang tertulis untuk mu adalah yang terbaik untuk ku…
Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidup mu..
Lalalalala…. Kenangan yang terindah..
Bait-bait lagu itu cukup membuatkan Zulfa terkenang akan kenangan yang cukup terindah dalam hidup Zulfa. Tapi itu dulu.. semuanya cukup indah waktu dia dan Saiful masih ada cinta diantara mereka sehingga kini cinta itu tak pernah padam.
Awak..awak.. tunggu sekejap.. ada orang nak kenal dengan awak..”jerit Aman
Sewaktu itu Zulfa sudah hendak pulang selepas selesai menjaga perputakaan di sekolahnya itu. Itulah tugasnya sejak di tingkatan 1 lagi. Minatnya terhadap buku-buku dan suka menghabiskan masa di perpustakaan sehingga membawa Zulfa menjadi seorang pengawas pusat sumber dan sekarang menjadi pengerusi pusat sumber walaupun sibuk dengan pelajarannya dan pada tahun yang sama akan menduduki peperiksaan SPM.
Eh..awak nih sape?balas Zulfa sambil memalingkan muka ke arah Aman yang senyum-senyum kambing terhadap Zulfa. Waktu itu dia telah selesai memakai kasut dan mengunci pintu library.
Ops..sori..lupa pula nak kenalkan diri saya.. Saya Aman budak kelas 5 Cendikia.. yela mana nak kenal saya awakkan budak pandai budak kelas pertama katanya..
Eh..mana ada..kita semua nih sama ajelah.. hah..kenapa awak jerit-jerit nama saya ini.. saya nak balik ni.ini pun saya dah lewat nanti risau pula ibu saya..
Eh..eh..kejap..kejap.. ada orang nak kenal dengan awak ni tapi dia malu-malu kucing pula. Kejap ek saya panggil dia.. Zulfa tidak dapat menunggu lagi kerana jam pun sudah menunjukkan pukul 5.15 petang kerana mala mini pula ada tuisyen. Zulfa cuba menghentikan Aman yang terus berlari untuk mendapatkan kawannya itu tapi tidak sempat jadi Zulfa terpaksa pergi juga kerana sudah lewat. Maka Zulfa terus berlalu dari situ.
Sampai hati awak petang tadi awak pergi macam tu saje..
Selepas selesai menunaikan solat isyak berjemaah bersama keluarganya. Zulfa dan ibunya pasti akan sibuk di dapur menyediakan makan malam. Selepas makan Zulfa akan terus masuk ke bilik dan mengulangkaji pelajaran sebelum masuk ke kelas esok. Selepas selesai mengulang kaji pelajaran Zulfa mengemas meja tulisnya dan bersedia untuk tidur. Keesokan harinya Zulfa tidak terus balik ke rumah kerana jika tiada kelas tambahan dia akan menghabiskan masa petangnya mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Itu lah rutin Zulfa setiap hari. Pada petang biasanya pelajar agak kurang yang belajar di perpustaan yang masuk pun sekadar membaca surat khabar atau untuk memulangkan buku sahaja. Dengan jawatan yang diamanahkan kepadanya Zulfa tidak kisah menolong junior-juniornya yang masih baru sebagai perpustakawan. Susunan buku yang selerak pasti dikemaskan walaupun buku waktu Zulfa bertugas pada waktu itu. Tidak dinafikan Zulfa seorang yang ringan tulang tidak kira dimana dia berada termasuklah di sekolah mahupun di rumah. Ramai di kalangan cikgu-cikgu senang dengan sikap Zulfa itu.
Tangannya memengang pen dan dipusing-pusing sambil membaca buku sejarah . walaupun subjek ini tidak digemari olehnya tapi di akur dia kena belajar juga subjek ini.
Tiba-tiba ada orang menepuk bahunya dari arah belakang. Agak terkejut dibuatnya dan tamparan itu agak kuat sehingga Zulfa menjerit sehingga orang yang ada di dalam perpustakaan itu memandangnya.
Laa.. Saida rupanya.. yang kau tak pasal-pasal tepuk aku nih kenapa?buat malu je.”dengan nada yang agak keras.
Heeleh rileks la..aku suka kacau kau…suka dengar kau menjerit..”balas Saida
Banyak la kau..aku baru ingat nak belanja kau makan aiskrim Malaysia petang nih tapi disebabkan kau buat macam tak jadi lah,hahaha.”balas Zulfa dengan nada yang berseloroh
Alaa..sorilah..belanjalah aku…”balas Saida dengan muka yang merayu yang dibuat-buat.
Ok aku belanje kau..jomlah studi kita habiskan petang ni bab 3 ni.. tadi waktu aku tunggu kau, aku bacalah sikit pun dah rasa mengatuk..hahaha..”balas Zulfa
Mereka pun ketawa perlahan-perlahan kerana berada dalam perpustakaan.
****************
Dari tadi Zulfa mencari buku rujukan kimia, agak lama juga dia dan Saida berada di kedai buku itu untuk mencari buku rujukan. Selepas membelek buku mana yang paling best akhirnya dia ketemu dengan satu muka ini. Zulfa cuba mengambil buku itu tapi pada masa yang sama ada juga seorang budak lelaki yang turut memegang buku tersebut. Zulfa cepat-cepat menarik tangannya dari buku tersebut kerana dia tidak mahu berebut dengan lelaki tersebut. Lelaki itu telah mengambil buku tersebuk dan  menghulurkan kepada Zulfa.
Nah.. awak ambillah..”kata Saiful
Takpe lah awak ambil aje lah.”balas Zulfa sambil mahu beredar dari situ kerana malu..
Takpe lah awak ambil aje lah..saya ambil yang lain.”balas Saiful
Ok..terima kasih..”balas Zulfa sambil melemparkan senyuman

Zulfa terus mendapatkan Saida. Pada masa yang sama Saida juga menyaksikan apa yang telah berlaku. Saida hanya ketawa melihat gelagat mereka tadi.
Amboi kau Saida..suka sangat lah tu ek..
Hahaha..kelakarlah korang ini…kau tak kenal ke dia?”Tanya Saida
Entahlah muka macam familiar tapi aku tak ingat kat mana..”balas Zulfa
La..apa lah kau ni.. dia kan budak baru masuk sekolah kita..”jawab Saida
oo.. ye ke?...emm..ada aku kisah siapa dia..hahaha..”balas Zulfa sambil berlalu pergi ke kaunter pembayaran.
Eh..tunggulah..”jerit Saida sambil berlari anak ke arah Zulfa.
Mereka sama-sama menuju ke restoran segera kerana dari pagi mereka keluar sampailah tengahari mereka tidak menjamah apa-apa. Perut mula berkeroncong..ada lagu zapin..ada lagu rock kapak..macam-macamlah..
Dalam hujan renyai itu mereka lari-lari anak menuju ke stesen bas yang hanya jarak je beberapa kedai dari shopping mall itu. Dalam pada itu mereka gelak kerana itulah padahnya malas bawak payung. Hidup di Kuantan ini memeng begini cuacanya sukar diramal. Cuaca yang cerah pun boleh hujan lebat juga. Mereka masih lagi ketawa sehinggalah mereka sampai di stesen bas. Rumah mereka tidaklah jauh mana dari Bandar Kuantan hanya jarak Cuma 15km sahaja tapi almaklumlah kalau naik bas sampaikan 40 minit baru sampai rumah kalau naik kereka Cuma 15 minit. Tapi Zulfa lebih suka hidup berdikari. Dia tidak suka menyusahkan kedua ibubapanya. Ibunya memahami Zulfa yang lebih suka keluar sendiri tapi perlulah berteman tak boleh keluar seorang diri sahaja.
*******************
Zulfa.. nanti petang ini kamu tolong cikgu ye?” kata Cikgu Rahimah
Ok cikgu..boleh je..Cikgu cakap aje nak buat apa..saya sedia berkhimat untuk cikgu,”balas Zulfa dengan nada yang ceria.
Semangat betul kamu nih Zulfa.. nanti kita jumpa di perpustakaan petang ini ye?
Baiklah cikgu..saya minta diri dulu..saya ada kelas di makmal ini..
Ok..”balas cikgu Rahimah
Zulfa terus menuju ke makmal kimia.. mujurlah dia tidak lewat masuk ke kelas kerana cikgu kimianya agak tegas, mana-mana pelajarnya yang masuk selapas dia masuk. Pelajar berkenan akan dikunci di luar selama mana yang dia suka sehinggalah dia membenarkan pelajar tersebut masuk. Ada juga diantara kawan-kawan Zulfa yang pernah agak lewat sanggup masuk ikut tingkap bagi mengelakkan mereka didenda di luar. Itulah pengalaman seorang pelajar.
Minggu lepas saya ada suruh buat reportkan.. ok hantar sekarang dalam masa lima minit.”kata Cikgu Zainab dengan nada yang tegas.
Mereka suma berlari bertempiran menunju ke meja Cikgu sehinggalah mereka berlanggar antara satu sama lain pun tak tak dikisahkan punyalah takut dengan cikgu kimia tersebut.
Selepas selesai kelas pada hari itu dan terus ke surau sekolah untuk menunaikan kewajipan seorang muslim, Zulfa terus menunju ke perpustakaan. Di sana Zulfa telah diarahkan membantu pengawas-pengawas yang baru di lantik pada petang itu bagaiman melaksanakan tugas seorang pengawas dan itu menjadi tanggungjawabnya sebagai pengerusi pengawai pusat sumber sekolahnya.
Suasana sekolahnya yang kondusif membuatkan Zulfa dan kawan-kawannya banyak menghabiskan masa di sekolah kerana di ditulah  dia dan kawan-kawan belajar bersama-sama. Cikgu-cikgu disekolahnya juga sangat prihatin dan mesra dengan pelajar. Dalam hati Zulfa syukurlah atas segala nikmat kurniaan-Nya.
************************
Angah… tadi kawan angah telefon dia cakap nak dating rumah esok pagi nak belajar sama-sama katanya..”kata Nani kepada Zulfa anaknya..
oo..iye ke?ok lah tu lagipun esok aktiviti kokurikulum dibatalkan..”balas Zulfa
pagi hujung minggu begini kalau tiada apa-apa aktiviti Zulfa hanya mengahabiskan masa di rumah sahaja. Dia tidak gemar membuang mas dan melepak tidak tentu arah seperti kawannya sekolahnya yang suka keluar dan melepak di shopping complex.
Assalamualaikum..Zulfa! oo.. Zulfa…”jerit Saida dan Izeti…
Waalaikumusalam.. masuklah.. Zulfa ada di biliknya”. Jawab Makcik Nani
Kau seorang je dalam bilik ini.. biasanya adik-adik kau mesti ada”. Tanya Izeti
mm..diorang ada yang pergi aktiviti kat sekolah, ada yang kat bawah kot..”balas Zulfa
weh.. Zulfa nak dengar cerita tak?”kata Saida umpama mami jarum penyamai cerita cepat dari berita..
apa dia?”balas Zulfa acuh tak acuh dengan cerita Saida. Pada ketika itu Zulfa sedang menunjukkan portal akademik yang dibina oleh sekolahnya bagi memudahkan pelajarnya mencari contoh-contoh soalan dan nota-nota ringkas. Izeti juga pada waktu itu hanya mengeleng kepala sambil tersenyum.
Kau ingat tak mamat yang kita jumpa dekat book store hari itu?dengan semangat Saida menanya..
Mamat mana korang tak cerita pun dengan aku ye?”sampuk Izeti
Tak ada apa pun Izeti..jawab Zulfa…
Budak tu rupanya anak orang kaya,mak dia doktor dan ayahnya pengurus resort yang baru buka di Gambang. Di sebelum ini tinggal di Perak. Budaknya pun leh tahan juga.
Siapa budak tu?” tanya Izeti
Mamat tu mengikut apa yang  boyfriend aku cakap nama penuh dia Saiful Izuan Shah.. nama bapak dia kalu tak silap aku Shuhaimi dan mak dia Rose Nani. Unikkan nama mak dia tapi sama lah nama macam nama mak kaulah Zulfa,hahaha”. Gelak Saida diikuti Zulfa dan Izeti.
Banyak la korang…”.balas Zulfa.
Disaat mereka riuh rendah ketawa tiba-tiba handset Zulfa berbunyi menandakan ada mesej masuk..
Salam.. dah lama saya tunggu awak balas mesej saya hari itu.. lupa pula saya nak kenalkan diri saya. Nama saya Saiful Izuan Shah..(-:
Weh.. sape pepagi hantar mesej ke kau?” Tanya Saida
Dalam hati Zulfa bergetus kang kalau aku bagi tahu budak kecik ini kang satu sekolah dia kecoh. Baik aku tak payah bagitahu..
oo..ini…abang celcom hantar mesej suruh topup..hehe”.balas Zulfa
eh.. korang jomlah minum pagi dulu sebelum kita study ek..”Zulfa mengajak kawan-kawannya untuk turun minum pagi. Pada masa yang sama dia berasa sangat pelik macamana si Saiful tu boleh ada nombor dia dan bagaimana pula mamat tu boleh kenal dia. Sewaktu makan Zulfa hanya termenung memikirkan hal tersebut.
**************************
Zulfa tunggu kejap aku nak cakap sesuatu nih..” Saida mengejar Zulfa yang pada itu memegang buku-buku yang perlu dihantar segera ke meja Cikgu Aida. Jadi Zulfa bergegas untuk menghantar buku-buku tersebut. Zulfa tidak berhenti dari langkahnya sambil menoleh ke belakang dan berkata kepada Saida.
Alaa.. Saida sekejaplah aku nak pergi hantar buku nih..”jerit Zulfa
Boom..habis jatuh berselerak buku yang di pegangnya kerana berlanggar dengan Saiful yang pada itu sedang berjalan juga yang bertentangan dengan Zulfa…
Ya Allah.. sorilah awak.. saya tak nampak tadi..”kata Zulfa sambil mengutip buku-buku tersebut yang di bantu oleh Saiful dan Saida yang pada itu sudah sampai  di Zulfa. Dia juga membantu mengutip buku-buku tersebut.
Eh.. tak pe.. salah saya juga.”jawab Saiful
Nama saya Saida, kawan saya ni nama dia Zulfa,”kata Saida sambil tersengih-sengih.. pada masa  itu juga Zulfa mencubit paha Saida dan berbisik kepada Saida.. gatal ye kau? Kata Zulfa.
Minta maaf sekali lagi..tak pe lah kitaorang pergi dulu.”kata Zulfa sambil berlalu dari situ dan menarik tangan Saida.
Nama saya Saiful!!”. Jerit Saiful kepada mereka..
Dah tahu dah”. Jawab Saida sambil memalingkan muka ke arah Saiful.
Hish kau nih Saida yang kau over sangat time jumpa mamat tu apa kes hah? “. Kata Zulfa kepada Sambil sewaktu berjalan menuju ke kelas mereka selepas menghantar buku tadi.
Aku saje je lah nak menyakat kau..hehe”. kata Saida sambil menjeling mengada-ngada kepada Zulfa.
Zulfa aku rasa kau dengan Saiful tu macam ada jodoh aje..”.kata Saida yang memang gemar menyakat kawan baiknya itu.
Banyaklah kau Saida! “. Balas Zulfa dengan nada yang agak keras
Eh aku satu je kat dunia nih,tak banyak pun”.bals Saida sambil ketawa terbahak-bahak.
******************

No comments:

Post a Comment