Monday 3 December 2012

Episod 1~Hatiku terguris lagi


BAB 1
                Suasana yang damai dan permai ini. Unggas-unggas berkicauan  sambil ditemani matahari yang baru hendak membuka mata sungguh medamaikan hatinya. Hatinya berbisik pasti ada hikmahnya disebalik apa yang terjadi pada dirinya. Mindanya menerawang mengimbau semula segala yang pernah menjadi sejarah dan kenangan dalam hidupnya. Adanya suka mahupun duka,terlalu banyak untuk dikenangkan. Sebagai seorang  perempuan sepertinya pasti mahu disayangi. Kita sebagai manusia semunya sama ada perasaan ingin dicintai dan mencintai.
Hai Cik Zulfa Iman  Suffian apa yang kau termenungkan tu.. pagi-pagi minggu nih pun kau mahu berangan ye.. lamunannya hanya terhenti disitu sahaja apabila housemate yang tersayang Mira menyergahnya.. woi kau nih tak ada kerja ke pagi-pagi dah bagi orang sakit jantung. Biarlah aku nak berangan ke,nak terbang ke awan nano ke.. bukan nye aku kacau mimpi kau pun..seronok mimpi malam tadi.”jawab Zulfa seraya bergerak ke dapur untuk menyediakan sarapan mereka. Sambil diikuti Mira yang hanya mengikutnya dari belakang dengan buat muka mengade-ngade. Pagi itu mereka dapat bersarapan bersama-sama. Mereka jarang dapt bersarapan bersama-sama di hujung minggu.
                                ***************
                Encik Azman minggu depan saya nak minta cuti adik saya nak kahwin. Setahu saya minggu depan tak ada apa-apa projekkan.”kata Zulfa dengan mukanya yang tersengih-sengih kepada penyelianya mana taknya asal minta cuti mesti sebab abang kahwinlah,adik kahwin lah,sepupu kahwin lah. Awak ni Zulfa asal minta cuti je mesti sebab kahwin masalahnya bukan awak kahwin tapi orang lain yang kahwin. Awak bila pulak nak kahwinnya?tanya Encik Azman dengan mukanya yang dibuat-buat senyum miang. Nak buat macam mana Encik Azman diaorang jodoh cepat sangat..saya ni tak tahu lah. Ada jodoh ada lah.. bahaya awak ni Zulfa kena cari calon cepat-cepat kita nih makin tua bukan makin muda. Iye la Encik Azman.. balas Zulfa sambil menghulurkan surat pelepasan cutinya.  Pada masa yang sama Safwan lalu di situ sambil menjeling  manja padanya. Dalam hati Zulfa hanya Allah sahajalah yang tahu malu dibuatnya.
Sambil bergerak menuju ke mejanya seraya itu dia bermonolog sendiri. Yang Encik Azman nih pun satu aku nak minta cuti kat dia bukannya nak nasihat pasal jodoh aku buat malu sahaja nasib baik tak ada orang dengar tak tahulah kalau si Safwan tu dengar. Jatuh saham aku sambil mukanya tersenyum kelat. Sesampainya dia di tempatnya dia terus melabuhkan punggungnya duduk di anak kerusi yang paling dia tidak suka kerana kerusi itu sangat keras dan menyakitkan belakangnya. Kalau duduk lebih setengah jam pun dah boleh patah pinggang dibuatnya. Jadi alternatifnya setiap setengah jam pasti dia akan tawaf satu pejabat dan akan kembali duduk. Sejak kebelakang ini kerjanya banyak dihabiskan di pejabat sahaja. Biasanya dia akan melihat kawasan hutan simpan atau pun taman rekreasi dan selalunya pergi ke luar negeri.
Aik ada coklat Cadbury plak atas meja aku nih. Tahu-tahu je aku suka makan coklat. Nak kata birthday aku dah lama lepas. Mmmm..salah letak kot.. Zulfa mengambil coklat yang ada di atas meja lalu bertanya kepada Kak Mila yang meja bersebelahan dengannya.. Akak nih coklat sape yang ada atas meja saya nih?tanya Zulfa. Manalah akak tahu Zulfa,peminat kamulah yang bagi agaknya tu. Jawab Kak Mila. Heeleh akak nih..manalah saya ada peminat..sape lah yang nak minat ke saya nih.. nah.. akak sikit saya sikit. Sharing is caring..hehe..sambil mematahkan coklat yang ada ditangannya itu lalu diberikan pada Kak Mila.. ada-ada saje kamu nih..
*****************
Mira..kau tahukan minggu depan aku nak balik Kuantan.seraya dengan itu Zulfa mengangkat pinggan ke dapur untuk dibasuh. Aku balik sana hari Jumaat mungkin hari Isnin aku balik sini..Sorilah aysik tinggal kau sorang-sorang je kat rumah nih. Kau memang suka tinggal aku sorang-sorang kan.. balas Mira. Dah tu aku ajak ikut sekali kau tak nak bukannya jauh mana setakat KL dengan Kuantan. Lagipun bukannya kau tak biasa pergi ke rumah aku. Balas Zulfa sambil mengambil remote control televisyen selepas mereka selesai makan malam.
Mira yang masih didapur keluar dengan membawa balang keropok untuk disantap depan tv. Pada masa yang sama Zulfa bertanya pada Mira, Mira kau tahun depan dah nak kahwin nanti tinggallah aku sesorang kat rumah ini. Bosanlah hidup aku. Tu tandanya kau kena kahwin.kata Mira sambil tanpa henti mengunyah keropok ikan yang digoreng Zulfa dan matanya asyik memandang drama samarinda  Pelangi Kasih di tv3 dekat dihati. Kau cakap senanglah cik nurse oi..kau tu cantik,comel molek pulak tu. Ramai peminat lagipun tempat kau tu banyak lelaki nak buat pilihan pun banyak.  Sape yang taknak kahwin cik kak oi.. eleh kau tu yang jual mahal sangat ada yang nak kat kau kau plak taknak.. kata mira. Hello cik kak oi.. cuba kau bilang sama aku siap gerangan lelaki itu. Adalah rahsia.. ek budak nih main rahsia-rahsia plak.. cakap je la sebenarnya memang taka da orang minat ke aku pun. Malas lah aku nak layan kau nih mira. Baik aku pergi tidur. Kau pun pergi tidur esok kau shift pagikan.. Baiklah Cik Zulfa intan payung..

******************************
Zulfa!..Zulfa..!!!tunggu jap.. “.jerit Safwan sambil berlari anak ke arah Zulfa.
Oh.. Safwan..ada apa yang kau jerit-jerit macam orang hilang anak nih..
Kau nih..aku kahwin pun tak lagi macamana nak ada anak..kau tu pun satu aku dari tadi dok panggil bukan nak dengar.bebel Safwan
Sori lah Safwan..sambil buat muka yang paling comel..kononnya..
Sori naik lori lah.
Ek kau ni rileklah bro.. Jom aku belanja kau makan..
Eh..Zulfa betul ke apa yang aku dengar nih..tak pernah kau ajak aku makan sekali apatah lagi belanja..
Banyak cakap plak kau nih..taknak sudah..
Eh..eh.. Cik Zulfa mestilah saya nak..sebenarnya memang aku nak ajak lunch sekali tadi. Nampak Zulfa keluar sorang-sorang je..
mmm… Kak Mila dan Abang Joe ada kerja kat luar tak dapta lah makan sekali biasnya memang dengan diorang pun. Nak buat macamanakan.
Jomlah…
Mereka berjalan beriringan pergi ke kafe pejabat mereka.. Si Safwan berbunga-bunga hatinya mana tak nye dapat makan berdua dengan Zulfa bisanya beramai-ramai.
Mereka menyeduk nasi ke dalam pinggan selepas itu mengambil lauk yang hanya tinggal berbaki sahaja. Zulfa hanya mengambil lauk sayur campur dan ikan goreng sahaja manakala Safwan ayam cili padi,sambal sotong dan sayur campur. Mereka mengambil port yang paling tepi sekali kerana disitu tidaklah terlalu panas kerana terlindung daripada terik matahari dan dilindungi pohon-pohn yang besar.
Sambil menjamu selera mereka berbual-bual walau sudah hampir 3 bulan mereka bekerja satu pejabat..
Zulfa kenapa setiap kali aku tengok kau macam nak lari dari aku je..
Mana ada lah..mungkin awal-awal dulu aku terkejut kau masuk kerja kat sini.. mana tak ye.. kita dulu satu kelas waktu form 3 selepas itu kita dah tak jumpa dah..tut..tut..lepas 10 tahun kita jumpa. Waktu tu memang aku terkejut beruk la weh..
oo..iye ke.. kau tahu tak Zulfa..lepas aku tahu kau ada kat sini..aku gembira sangat.. dulu aku ingat lagi waktu sekolah dulu aku selalu ejek kau macam-macam.. sampaikan kau menangis aku suka sakat kau.. aku nak minta maaf kat kau tapi selepas PMR aku dah kena tukar sekolah pula.
hahaha..kau ingat lagi ke..  Safwan waktu sekolah dulu kau memang nakal suka sangat kacau aku.  Hah.. baru aku ingat kau pernah ejek aku gemuk..pastu aku menangis..semua ornag pandang kita waktu tu… pastu mulalah muka kau cuak..pastu kau minta maaf terus kau blah.
Hehe.. kau ingat lagi Zulfa..
Mestilah aku ingat kenangan paling lucu waktu sekolah dulu..apa-apa pun aku dah tak simpan dalam hati. Biasa lah tuh zaman nakal-nakal dulu..
Zulfa..kau semakin cantiklah..
Apa kau cakap?
Eh. aku cakap kau sekarang dah tak gemuk dah..
Zulfa terus mencubit lengan Safwan seraya berkata kau nih memang suka mengata aku ek..
Aduh..aduh sakit lah..
Tahu pun sakit…
Zulfa ketawa berderai-derai sehinggakan orang disekeliling memandang mereka, mereka terus senyap dan meletakkan tangan dimulut supaya ketawa mereka tidak didengari..
Pada malam itu Zulfa terkenang akan kisah-kisah sewaktu di bangku persekolah. Perkara itu membuatkan Zulfa tersenyum sendirian. Dalam mengenang peristiwa lucu sewaktu sekolah dahulu tiba-tiba telefonnya berbunyi nada Cinta terakhir nyayian Aiman. Penyanyi yang tak pernah dikenali Zulfa tapi lagunya menjadi lagu kegemarannya. Kalau ringtone itu membunyi tak lain tak bukan ibunya yang menelefon. Hatinya berdetik panjang umur ibu.baru rasa nak telefon ibunya pasti ibu yang akan telefon Zulfa dahulu.
Assamualaikum ibu..”dengan nada yang cukup ceria dan manja.
Waalaikumusalam  Angah.. Angah sihat?”,jawab ibunya..
Alhamduillah ibu, angah sihat aje..ibu?
Alhamduillah juga..hah.. minggu depan jadi tak balik?
Mestilah jadi bu..orang taknak lepaskan peluang dapat cuti ni sebab achik kahwin.
Baguslah kalau begitu. Mira taknak ikut sekali ke?
mmm… biasalah Mira tu dia kan kerja bukan menentu waktunya.misi katakana..
oo..jadinya angah balik seorang jelah..
alaa..ibu ini saje je..biasalah angah balik sorang..takkan nak balik dengan suami plak…hahaha
tu la angah ibu suruh kahwin taknak..
dah mula lah tuh..
hahaha..ok lah angah nanti ibu telefon lagi..asalamualaikum..
waalaikumusalam..
Selepas tamat berbual dengan ibunya dia terus merebahkan badannya k diatas katil sambil meletakkan telefonnya disisinya. Zulfa menyambung mengelamun tadi sehinggalah dia terlelap sendirian.
Zulfa! Zulfa! Bangunlah dah pukul berapa dah nih? Tak kerja ke? “. Jerit Mira yang sudah selesai menunaikan solat Subuh sambil mengetuk pintu bilik Zulfa.
Ya Allah..dah pukul berapa ni..dah pukul 6.30 pagi. La aku kena masuk awal kerja hari ini.
Ok Mira. Aku dah bangun dah nih.. Terus dia mencapai tuala dan bergegas mandi dan tanpa lengah-lengah menunaikan solat Subuh.  Pagi itu dia hanya mengenakan  kemeja hitam dan bertudung merah jambu. Sekadar memakai bedak alas dan lipice sahaja.. Itu pun bagi Zulfa sudah cukup bergaya ke pejabat kerana dia memang tidak gemar berlebih-lebihan dalam perpakaian dan bersolek. Zulfa seorang gadis yang sangat simple dan sempoi. Dengan tugasan kerjanya juga membuatkan Zulfa sentiasa dalam keadaan yang sempoi tanpa dia memerlukan mekap yang tebal dan pakaian yang cantik-cantik hanya cukup sekadar sahaja.
Pagi itu Zulfa diarahkan untuk memeriksaan keadaan  taman rekreasi yang bakal dibina di Hutan Simpan Sungai Lui untuk memastikan keadaan selamat untuk pengguna tanpa merosakkan alam semulajadi.  Di minda Zulfa terbayang lagu nyanyian Aizot , Sungai Lui. Sambil membelek fail-fail yang akan dibawa bersama dalm tugasnya pagi ini.
Amboi.. senyum manis pepagi ini ada cerita best ke? Sergah Safwan yang lalu di meja Zulfa.
Eh..kau nih Safwan tak habis nak menyakat aku.. memang kau dilahirkan untuk sakat aku eh..
Aik..marah plak..tak baik pagi-pagi marah-marah taw nanti cepat tua.”balas Safwan
Baiklah Encik Safwan..sambil mukanya umpama orang dipaksa senyum..
Hah Zulfa pagi ini aku temankan kau pergi tengok kawasan tu. Encik Azman tak dapat pergi dia kena urusan kerja lain..
Hah? Kau yang temankan aku. Haish say man.. semalam cakap dia nak pergi beria-ria ajak aku last-last dia pula cancel..
Kau nih Zulfa terang-terang tak suka aku pergi dengan kau. Aku tahulah Encik Azman tu hendsome bergaya pula tu.
Aku tak cakap apa-apa pun..yang kau nak touching lelebih nih nape? hah..jomlah nanti lewat sangat pula…
Dalam perjalanan ke sana mereka hanya membatu dan diam seribu bahasa. Mungkin Safwan tidak mahu mengacau Zulfa yang asyik membelek fail yang di bawa. Safwan tidak tahu sangat selok-belok mengenai kerja Zulfa ini kerana dia sebenarnya hanya lah penolong pengawai sumber manusia sahaja. Safwan temankan atas permintaan Encik Azman sahaja kerana dia dibawah pengurusan penyelia yang sama.  Lagipun pagi itu dia taklah sibuk sangat dengan tugasnya. Di dalam kereta yang dipandu Safwan dan Zulfa berada disebelahnya. Safwan kekadang mencuri memandang Zulfa yang tekun membaca fail yang dipegangnya. Dalam hatinya berkata Zulfa aku dah tunggu kau dan nak jumpa dengan kau dah lama dah. Aku nak luahkan segalanya yang terbuku sejak aku tukar sekolah dulu lagi tapi sekali bila kau ada didepan mata aku dan dekat dengan aku aku tidak mampu mengata dan meluahkan segalanya. Aku jadi kaku didepan mu Zulfa.  Zulfa kenapa kau sering menghantui hidup ku. Aku cuba lari tapi kau pasti akan hampiri aku. Zulfa kau  tak pernah memahami perasaan aku terhadap kau.  Kenapa kau tak pernah sedar perasaan aku terhadap kau sejak di sekolah lagi. Aku suka mengacau kau,menyakat kau bukan beerti aku membenci kau tapi aku terlalu menyukai mu kerana aku tak sanggup walaupun sehari tidak mendengar suara mu yang cukup manja bagiku. Kau tahu sejak aku tukar ke sekolah lain aku cuba mencari kau tapi tidak ketemu hingga lah saat aku bertukar kerja disini. Bertapa bahgianya kau bila dapta berjumpa dengan kau lagi.
Aik..termenung nampak? Teringatkan makwe ke? Kejut Zulfa menghentikan lamunan Safwan. Kau nih bawa kereta pun boleh temenunug gak. Pastikan aku selamat sampai wei.
Hish kau ni.. aku mana ada makwe.. kau jangan risaulah Zulfa aku akan sentiasa memastikan keselamatan kau..
Hah baguslah kalau begitu..hehe..
Safwan tidak menjawab apa-apa cuma dibalas dengan senyuman yang dikiranya paling manis dan menawan . manalah tahu cair dibuatnya.

No comments:

Post a Comment