Wednesday 12 December 2012

Soalnya Hati


Assalamualaikum…

Malam ini bumi Serdang dibasahi hujan yang renyai.. Suhu  semakin menurun sehingga menusuk ke tulang.. alangkah indahnya kalau dapat tidur dengan nyeyak...hehe…masalahnya kena siapkan kerja sekolah…haha.. sekolah ke…pun boleh..

Kali ini aku mahu berbicara mengenai perasaan dan apakah persoalan hati ini…  Tidak dinafikan kita semua ada perasaan untuk dijaga tapi jika tersalah langkah pasti mengundah gundah gelana di hati ini bukan… cakap macam pakar cinta pula.. Adalah pengalaman sikit-sikit..hahaha…

Sejak akhir-akhir ini aku selalu terbayangkan seseorang…tutt….tutt…tak adalah…macam orang gila je...haha..macam kelakar pun ada. Nampak je ganas tapi hati ada taman. Aku nak cerita pasal hati perempuan berdasarkan pengalaman aku dan orang sekeliling aku.  Perasaan ini memang susah untuk difahami..

Aku tengok sekarang ada diantara kawan-kawan aku yang mengalami pelbagai situasi dalam soal hati ini sampai aku tengok pon pening. Cuba kita bayangkan kalau orang yang kita sayang selama ini terus menghilangkan diri dan berdiam sahaja tanpa sebarang kata. Mesti sakit hati dan kecewa bukan. Kalau aku dalam situasi ini memang aku tinggal terus je orang tuh dan sememangnya aku pernah buat.. semua cinta monyetnya bagi aku.
Waktu aku sekolah-sekolah dulu saham aku agak tinggi maka ada juga pengalaman bab cintan cintun nih tapi sekarang aku dah insaf taknak berkapal-kapal ini biarlah yang halal sahaja buat ku…cewwaahhh… bagi aku kalau ada jodoh dengan seseorang tuh maka adalah. Kalau kita bercinta bagai nak rak pun tak jodoh kita antara aku dan dia tak da..takde guna juga.. membazir boras je..haha.. sabarlah tunggu jodoh kita, ok?.. jangan risau insyaallah ada setiap manusia ada jodohnya..

Baru-baru ini aku dipertemukan dengan seorang insan yang bagi aku okey dari segi rupa, agama dan perlakuan. Aku kalau kawan dengan lelaki mana-mana aku lebih suka tunjuk kat ummi aku sebab bagi aku ibu kita lebih tahu soal baik dan buruk sesuatu benda itu. Tetiba ummi cakap dia tak suka aku berkawan dengan manusia tersebut… seterusnya dengan itu aku memutuskan persahabatan tersebut. Almaklumlah, aku suka dengar cakap ummi aku walaupun ummi aku jenis cakap direct je tapi ummi aku memang sporting sebenarnya. Mula-mula aku sedih juga.. manusia tersebut juga selalu calling2 aku..bila dia  tak call rasa sunyi pula.. Ashgtafiruallah al’azim… teruknya perangai…bila difikirkan balik,bagus juga aku dah tak contact dengan manusia tersebut maka terlepaslah aku dari terus berdosa kerana asyik bercakap perkara-perkara yang tak memberi faedah dengan lelaki bukan mahram kita nih.kan?betul kan?
Aku nih dah banyak dosa, jika ditambah dengan dosa macam tuh…macamanalah dengan timbangan aku nanti. Terima kasih ummi kerana membantu anakmu ini yang terus hanyut oleh perasaan kononnya mahu diisi.. haaattuiii…. Jadi…aku tak fikir sangat soal rasa kehilangan sebab aku percaya Allah pasti sediakan sesuatu untuk aku nanti kalau tak kat dunia…insyaallah di akhirat kelak… aamiin…

Berbalik pada soal perasaan perempuan ini…aku kesian tengok orang sekeliling aku nih sedih-sedih sebab putus cintalah..hilang kasihlah.. nak sedih buat apa kalau dia bukan yang terbaik untuk kita. Cuba tenangkan fikiran dalam berkasih.. dulupun aku pernah berkasih.. waktu tak cerdik dulu… memanglah sedih woot… siapa yang tak sedih… tapi cuba fikir dari segi kebaikan dan manfaat yang kita dapat. Bila kita dah terputus kasih dengan lelaki maka terputuslah juga hubungan dengan dia tetapi hunbungan kita dengan Allah semakin erat sebab kita tak payah sibuk-sibuk nak berkasih sayang dengan kapal kita. Kan lebih indah berkasih sayang dengan Allah…insyaallah dapat pahala lagi tapi kalau kita dok berkasih sayanng,meluahkan perasaan masing-masing kan takut-takut terjebak dengan zina hati pula. Kan parah jadinya??


Aku bukanlah ustazah yang bijaksana tapi aku sedang  belajar menjadi perempuan yang tahu jaga maruah aku. Aku mula belajar menjaga hati aku supaya tidak tercemar dengan anasir-anasir perasaan cinta yang hanya berlandaskan nafsu semata. Alangkah indahnya jika Allah pertemukan kita dengan kita dengan cinta yang berlandaskan iman dan taqwa. Aku sedar pertapa banyaknya perkara dalam hidup dan akhlak aku yang perlu diperbaiki mana mungkin mahukan keindahan jika tidak dimulakan dengan diri sendiri untuk menjadi insan yangn indah..












Aku hanya berdoa agar aku dikurniakan dengan seseorang insane yang bergelar suami yang dapat bersama-sama menuju jalan yang diredhai tapi layakkah aku untuk suami sebegitu sedang terlalu banyak kekurangan dalam diri ini. Sekadar berkongsi rasa… segala yang baik semuanya dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri…


No comments:

Post a Comment