Thursday 20 December 2012

Tentang Dia


Seingat aku kalau tak silap ummi aku cakap nama aku nih nenek aku yang bagi... nama itu adalah jeng..jeng..WAN AINNUR BASYIRAH BINTI WAN MAHAMAD. Lepas tahu nama mesti nak tahu tarikh dilahirkan kan...kan... aku di lahirkan 2 JANUARI 1991. Alhamduillah semuanya selamat maka adalah kau disini,hehe.. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sangat harmoni dan aman damai...hee..ayat tak boleh blah kan.. 

Aku anak yang ke-2 per tujuh orang...paham ke edok.. Panggil dalam famili aku KAK NGAH tapi saudara mara aku suka panggil aku KAK CIK KAK NGAH... nampak tamak disitukan...haha... nama glamer aku orang panggil AINO...nama baik aku BASYIRAH...ada yang panggil AIN pun ada tapi aku rasa kureng sesuai dengan aku..hahaha...gedixx ^_^

Apa lagi yang ek??Owh ye...tahap pendidikan aku...dulu aku Sekolah Tadika Kemas Padang Garuda.. tapi tadika ni dah tak wujud sekarang sebab dah buat kilang batu bata...sayang betul hilang segala memori aku kat sana,hehehe....Lepas tuh aku sambung di S.K.Pangkalan Tentera,S.M.K. Seri Mahkota, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan sekarang masih menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam BAC. SAINS TAMAN DAN REKREASI FAKULTI PERHUTANAN.. ini bukan kursus landskap bagai..insyaallah nanti aku ceritakan mengenaikan kursus aku nih..

Satu perkara tentang diri aku aku tersangatlah obses dengan kaler ungu...minat wei... Aktiviti yang aku gemar adalah mestilah bergambar, aktiviti lasak, berekreasi, menulis cerpen,sajak. Suka gelak kuat2(sekarang sedang belajar jadi lebih sopan,hehe)

Lupa plak nak bagitahu aku nih menetap di Kuantan, Pahang tapi anak kelahiran dan kampung aku adalah di Kelantan.. Jadi sudah cukup...cukup..sudah aku kenalkan diri aku yang tak terkenal mana nih untuk mengetahui anda. manalah tahu dulu2 kita pernah kenal...boleh buat rancangan jejak kasih..hehe..peace!!


No comments:

Post a Comment