Tuesday 22 January 2013

Alasan semata

Assalamualaikum...

Alhamduillah..kita masih bernyawa dan berpeluang menikmati segala nikmat yang telah dikurniakan. Tidak dinafikan usia kita semakin meningkat takala usia kecil kita akan di tanya bila nak bersekolah?bila dah habis sekolah bila nak nak kahwin??bila dah kahwin..bila nak ada anak?bila dah ada anak bila nak tambah lagi? Nanti bila kita mati juga ada soalan yang akan di tanya oleh Malaikat Munkar dan Nakir apabila kita berada dalam alam bazarkh. Semua orang mengimpikan jodoh yang baik untuk diri kita. Dapat suami/isteri yang dapat sama-sama menuju ke jannah bersama-sama,melahirkan zuriat yang soleh dan solehan. Semuanya kita mahukan sebab kita nak kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti.Insyaallah..

Hati mula tertanya layakkah aku temui jodoh yang baik? Dulu waktu aku sekolah-sekolah dulu aku pernah cakap pada ummi aku yang aku taknak kahwin sebab aku takut aku tak dapat suami yang beriman dan anak yang oleh. Aku takut untuk menghadapinya. Sekarang semua orang bicara mengenai jodoh..kenapa?adakah hidup kita ini semata-mata hanya untuk mencari jodoh sahaja.

 Bagaimana pula dengan mencari iman dan taqwa. Aku percaya apabila diri kita sudah bersedia dari segi segala-galanya Allah akan hantar jodoh kita pada masa yang betul. Tapi andai kita sudah bertemui dengan orang yang kita rasa dia akan milik kita tapi akhirnya dia pergi meninggalkan kita sebab Allah nak kita ambil pengajaran daripada orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang betul. Allah nak kita perbaiki diri kita sebelum kita dapat sesuatu yang mungkin cukup indah.

Aku amat mencemburui orang yang solehan sebab dia tak perlu risau Allah pasti akan hantarkan orang yang soleh padanya.Aku percaya dengan janji-janji Allah.. Lelaki yang baik,untuk perempuan yang baik,dan sebaliknya. Jadi adakah aku cukup solehan untuk mendapatkan suami yang soleh. Sememangnya tidak terlalu banyak yang perlu aku baiki untuk mencapainya. Aku mahu menjadi solehan bukan semata-mata untuk mendapat suami soleh tapi untuk mendapat keredhaan Allah dan berbahagia di dunia di akhirat.

Setiap manusia ada pasangan masing-masing mugkin tidak bertemu jodoh di dunia,pasti di akhirat kelak. Semuanya telah ditetapkan rezeki,jodoh,kematian. Jadi aku tak risau bila semua itu akan muncul dalam hidup aku apa yang aku risaukan adalah jika sampai jodoh ku adakah aku boleh menjadi isteri dan ibu yang mithali?jika mati nanti adakah aku boleh menjawap soalan malaikat Munkar dan Nakir?

Cita-cita aku mahu menjadi wanita yang solehan..mengimpikan suami yang beriman dan bertaqwa tapi bagaimana aku mahu mencapai semua itu jika aku tidak berusaha untuk mendapatkannya dan memperbaiki diri ini. adakah itu hanya angan-angan kosong yang tiada nilai. Maka apa yang perlu aku lakukan. Takkan nak tunggu sahaja. Aku perlu berusaha tapi bila? Segalanya penuh tanda soal ataupun itu semua alasan semata. Sebab Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya..



Memang susah untuk menjadi seorang hamba yang bertaqwa dan beriman pada Allah sebab Allah akan menghadiahkan sesuatu yang sunggguuuuuh indah dan tak tercapai akal kita untuk merasai syurgaNYA..takkan nak masuk syurga free-free je kan..tapi layakkah aku?tapi aku takot masuk ke nerakaMU...

YA ALLAH bantulah hambaMU ini mencari hidayahMU..jadikan aku ini insan yang kuat untuk menakis segala anasir-anasir yang tidak baik,jauhilah aku daripada kemaksiatan..berikan aku kekuatan dalan mengharungi kehidupan ini,berikan aku kesabaran dalam menempuhi segala ujian dan kurniakan kepada kedua ibu bapa ku tempat orang yang soleh,ampuni dosa kami YA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.AAMIIN...





No comments:

Post a Comment