Sunday 20 January 2013

Perkara pelik tentang aku..

Assalamualaikum...

Sudah lama aku rasa sudah tidak menulis untuk meluahkan apa yang ada dalam diri aku nih.. Sekarang musim hujan dan sememangnya sangat sejuk. Aku dirudum selsema dan sakit tekak. Pelbagai isu telah terjadi sejak kebelakang ini. Isu yang membahayakan negara kita antara sedar dan tidak sedar.

Sebenarnya bukan isu itu yang mahu aku bangkitkan disini..aku saja je nak bagi mukadimah sedemikian.. sebenarnya aku nak cerita perkara pelik mengenai diri aku..

1. Perkara yang pertama aku lihat pada seseorang adalah giginya.

2. Suka berjalan-jalan tapi tak suka bersiap.(nampak kan aku nih mmg pemalas kan)

3. Suka bercakap tapi disebabkan aku malas nak bercakap aku jadi diam..(sila jgn buat muka pelik ye)

4. Susah nak mulakan sesuatu tapi bila dah mula susah nak berhenti..

5. Aku tak pernah pakai dan tak pandai pakai kasut high heel.

6. Suka berangan kahwin dengan anak raja ala-ala macam Cindarella..

7. Suka menconteng pada setiap kertas yang ada depan mata aku(jadi jangan bagi aku pegang pen)

8. Gemar sangat makan mata ikan..kuikui..macam dah tak ada makanan lain..huhu

9. Aku tak suka gosok baju..jadi aku akan pastikan baju dan tudung aku jenis susah nak berkedut..hakhak

10. Suka beli produt pelik2 pastuh tak guna pun..membazir je..

11. Suka cari idea untuk tulis cerpen tapi sampai sekarang tak terbuat..haha..

12. Banyak duit dihabiskan untuk makanan sahaja..i love food!!!\



Begitulah perangai dan tabiat yang menunjukkan diri ini memang budak pemalsa dan ntah pape. Ok nanti aku merapu lagi ye..

terima kasih!!

No comments:

Post a Comment