Saturday 9 February 2013

Perlu ataupun tidak?

Assalamualaikum...

Aku rasa sudah seminggu aku tak tulis entry di sini...banyak faktornya atupun sebenarnya alasan semata.. andai tulisan ku bercorakkan serius itu menunjukkan mood aku yang sebenarnya.. Walaupun aku hanya duduk di rumah sepanjang cuti yang hanya tinggal baki seminggu sahaja lagi aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja di rumah..aku dapat rasakan lebih sibuk dirumah berbanding di hostel.Terasa lelah tiap-tiap hari penat..mungkin .. Hati ini mula berdebar untuk memulakan semester yang baru..berdebar dengan cabaran yang baru dan perjalanan kehidupan yang baru walaupun pesekitaran yang lama..

Apa yang mahu aku bicarakan disini perlu atau tidak aku persoalkan tentang seorang lelaki dalam hidup aku. Aku terlalu penat dengan insan bernama lelaki ini.. Mungkin di pandang orang sekeliling aku tidak pernah kenal mana-mana lelaki. Ya aku tak pernah kenal mana-mana lelaki..jika aku sudah mengenali pasti saja dialah pemilik hati ini dan selebihnya hati ini hanya milik Allah sahaja.. Aku sememangnya tidak pandai berkawan ataupun bersahabat dengan lelaki. sehingga kini aku tidak pernah punyai kawan lelaki. Setakat kawan lelaki di kelas sahaja itupun sekadar berbasi-basi.. Aku tak tahu bagaimana diri aku yang sebenarnya.. segan.. pemalu..mungkin kalian tidak percaya kan.. Andai aku berkawan dengan lelaki pasti akhirnya bergaduh dan pergaduhan itu tidak akan berbaik lagi.. Maka dengan itu aku tak pernah ada kawan lelaki.. Perlu ataupun tidak aku bersedih dengan perkara seumpama itu.

Aku juga pelik dengan sikap aku sendiri. Apabila ada seseorang yang cuba bertakta dalam hati aku dan dia juga begitu. Dalam proses berkenalan aku jadi rimas dengan semua itu pada setiap kali pengakhiran  perhubungan pasti aku yang memutuskan hubungan itu. Kejamkah aku tidak memberi peluang pada mereka? adakah aku terlalu memilih?Ya..aku kene memilih aku tidak mahu tangkap muat sahaja. Aku rela hidup bersendirian daripada aku membuat pilihan yang salah. Sebab aku yakin pada ketentuan Allah dan jodoh yan g telah ditetapkan. Mungkin pengalaman-pengalaman yang lepas membuatkan aku lebih berhati-hati ataupun aku sebenarnya serik dengan sikap insan bergelar lelaki ini. Mengapa pula aku perlu serik? Sedangkan aku yang tinggalkan mereka dan ada di antara mereka punya sikap yang tidak baik maka aku takut jika nanti aku bertemu dengan orang sebegitu lagi.. Mungkin aku dah terlalu banyak kecewa ataupun kekecewaan aku itu sebenarnya tidak ada apa-apa hanya aku sahaja yang berfikiran kolot.

Kini bila aku sendirian.. aku mula tercari-cari. Perlu ataupun tidak aku mencari-cari cinta itu sebenarnya. Sekarang aku tidak tahu adakah aku berusaha untuk mendapatkan cinta yang aku cari selama ini atau hanyalah khayalan semata.. Mengapa aku tidak mencari cinta Allah yang kekal abadi? Mengapa perlu aku mengikut hawa nafsu semata dan perasaan sahaja. Sebab aku hanya wanita yang punya perasaan yang sangat lemah. Rasa ingin di sayangi dan di cintai. Apa sebenarnya yang aku fikirkan sekarang? Aku jadi takut bila ada diantara Puan Macik-Macik persoalkan tentang si dia pada aku.. Di usia begini masih tiada calon.. Entah lah.. jika aku sudah ada sekalipun belum tentu aku bernikah dengannya..mungkin nanti bila aku ketemu seseorang ketika itu aku sudah bersedia dan dia adalah lelaki yang tepat untuk ku maka mungkin itu jodohku..ayat yang mahu sedapkan hati..barangkali.. Mengapa aku persoalkan perkara ini sedangkan banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan, perkara yang perlu di buat dan perkara yang perlu di ambil tahu.

PERLU ATAUPUN TIDAK???

                                                      " Sabarlah wahai HATI "


                                                                 Terima kasih (;_;)

No comments:

Post a Comment