Friday 22 February 2013

Yakin atau keyakinan?

Assalamualaikum...

Minggu ini tamatlah sudah sesinya..minggun depan bermulalah cabaran yang sebenar.. Bagaimana aku mahu menulis dan memulakannya. Semakin hari semakin jiwa tidak tentera umpama aku satu batu besar menghepap atas bahu aku nih. Fizikal aku juga turut sama.. Sakit.. Mungkin kerana hormon yang dirembaskan oleh perasaan. Barangkali.. Semakin hari jiwa aku meronta mahu keluar dari sini bukan kerana pelajaran tapi sememangnya aku pun tidak megerti. Aku terasa diri aku nih tak guna dan  tiada keyakinan.

Aku rasakan sudah hilang keyakinan dalam diri ..aku sudah tidak yakin dengan apa yang aku lakukan.. Aku umpama kayu yang hanyut di tepian pantai..dan apabila orang terjumpa kayu itu..orang akan membaling semula ke laut sehingga akhirnya kayu itu reput dan terus hilang.. Aku amat benci dengan perasaan ini sekarang.. Andai aku diberi pilihan atau aku punya pilihan aku mahu pergi mencari diri aku yang sebenar kerana apa yang aku lakukan sekarang bukan diri aku sebenar.. Bukan apa yang aku pelajari sekarang tapi apa yang aku cari sebenarnya..

Semasa dalam kelas lecturer soal" Apakah objetif kamu dalam hidup kamu?" aku hilang arah tak tahu apa sebenarnya yang aku mahu capai dalam hidup ini. TIADA!! bukan..cuma aku dapat rasakan apa yang aku cuba capai..aku ada apa yang aku mahu capai..tapi sampai kehari ini masih tiada usaha ke arah itu.BAGAIMANA MAHU MENCAPAI OBJEKTIF JIKA TIADA USAHA?????? Dengan itu aku tidak yakin aku boleh mencapainya. Keyakinan aku juga semakin tipis...arghhh...

Sebut soal manusia pula..semakin lama aku kenal manusia disekeliling aku..semakin hilang keyakinan aku..keyakinan untuk berdepan dalam hidup...keyakinan untuk saling mempercayai...keyakinan untuk hidup dalam keadaan aman tanpa perselisihan.. segala hanyut entah kemana.. Aku umpama tinggal dalam bilik gelap tanpa ditemani oleh sesiapa sehingga aku lemas keseorangan.

Mugkin aku perlu optimistik dalam berfikir dan jangan terlalu merendah diri. Aku kena yakin pada kemampuan diri sendiri. Pedulikan cakap2 orang sekeliling yang tidak pernah memberi apa2 manfaat pada kau wahai Aino. Aku kena kuatkan diri dengan cabaran onak duri..ranjau berliku..Kau yang kena ubah diri kau...janganbiarkan orang lain pengaruhi diri kau. Mereka itu tak ubah seperti burung hantu hanya tahu buat bising tapi tidak pernah pedulikan tentang kau. Hiduplah dengan kehidupan yang sebaik mungkin..jangan rebah sebelum berubah untuk menjadi insan yang hebat di dunia dan akhirat..

Kau ada Allah yang boleh membantu kau..membimbing kau..mintalah..mohonlah pada Allah.. Insyaallah..Allah akan kurniakan pada kau kekuatan dan kesabaran untuk berdepan dengan hari mendatang tapi berpatah balik. Ingatlah beluncas takkan menjadi rama-rama jika tidak keluar dari kepompongnya.. sabar wahai hati...masanya akan tiba..di saat itu kau lah orang yang palinng bahgia...berusaha sayang!!

Terima Kasih..





No comments:

Post a Comment