Wednesday 20 March 2013

Usah Fahami Usah Selami

Assalamualaikum...


Hari ini aku mahu cerita ataupu luahan barangkali yang agar sesuai. Tidak kisahlah kan. Apa yang aku mahu cakap disini aku juga seorang insan yang punya perasaan mungkin terlalu ikut perasaan, membuatkan aku suka bertinda mengikut emosi. Kebanyakkan orang disekeliling mengatakan aku bahawa aku ini suka ikut emosi. Kalau macam tuh kenapa tak bantu aku untuk kawal emosi aku itu??

Bercakap pasal emosi, adakah aku terlalu berfikiran negative atau hanya sekadar emosi aku untuk mengatakan bahawa percakapan Encik2 Tutor dan Doktor2 Lecturer itu hanyalah sekadar cakap dan bukannya sinis atau perli atas apa yang aku dah buat waktu hampir setahun yang lalu..
'
Hampir tiap-tiap hari,setiap kali ada aktiviti...setiap kali ada program..nama aku disebut dengan nada yang sinis(mungkin aku je yang berperasaan macam tuh) dan pandangan mereka terhadap aku teramatlah sinis. Aku tak tahu nnak cakap apa perasaan aku,mungkin marah,geram kecewa,sedih...atau aku rasa macam nak tumbuk je muka dan bijik mata mereka yang suka pandang sinis tuh. Macamana aku nak hadapi semua nih... Takkan aku nak cakap dekat mereka..janganlah buat aku macam nih..

Awal-awal semester dulu aku sudah kene perli..tiap-tiap hari aku bangun lambat sebab taknak pergi kelas,tiap2 hari merungut,mengeluh,menjerit taknak pergi kelas..tapi aku mesti hadapi semua ini..Semester nih memang tiap-tiap hari aku takde mood nak pergi kelas,apatah lagi nak belajar. Sebab aku tak suka dengan keadaan yang aku alami sekarang. Aku tiap-tiap hari kena berusaha keras untuk buatkan seolah-olah akulah manusia yang paling bahagia dalam dunia nih, yang sentiasa gelak kuat-kuat, sentiasa berfikiran positive, padahal itu semua lakonan terhadap perasaan aku yang terganggu dengan sikap mereka pada aku. Takde orang nak dengar luahan aku,nak dengar cerita aku...aku bukan suruh mereka faham,bukan suruh mereka selami,aku cuba nak suruh mereka dengar apa yang terpendam dalam hati aku nih...aku boleh luahkan pada Allah..sebab Allah satu-satunya tempat untuk aku bergantung. aku juga manusia biasa mahu bercerita.

Sudah penat menangis dalam bilik air dan bersedih berseorangan..sudah penat kecewa dengan  kekecewaan yang terlalu dalam... dan sudah penat marah dengan diri-sendiri termasuk org lain..cukuplah...sudah tak sanggup...yang tinggal hanyalah satu perasaan benci terhadap semua ini..aku tak salahkan apa yang mereka lakukan pada aku...aku tak mahu salahkan sesiapa...sebab aku rasa ini hanyalah ujian kehidupan untuk aku..dan semuanya punca pada diri aku juga..jadi nak taknak aku kena terima akibatnya kan...

Sekarang aku cuba untuk tidak mempedulikan dengan semua itu..aku dah terlalu penat untuk melayan semua itu. Sekarang aku perlu kuatkan hati aku,tabahkan jiwa aku..kekadang dengan kehidupan yang sibuk nih...membuatkan aku lupa dengan perkara nih semua...


YA ALLAH KUATKAN  HATI  HAMBAMU INI...
BERILAH KETABAHAN DAN KESABARAN DALAM MENJALANI KEHIDUPANJ INI.AAMIIN..

2 comments:

  1. "Allah tdk mmbebani ssorg melainkan sesuai dgn kesanggupnnya, ia mndpt pahal dri kebajikan yg d usahankan dan ia mndpt siksa dri kejahatn yg d kerjakan...."

    ayat ni mmg biasa.,tp, bila kita dlm masalah ayat nie boleh jd kekuatan kita...yakinlah..:-)

    jom sama2 kita jgn hirau apa org kata tp hirau apa Allah kata..kalau apa yg kita buat tu betul..,x yah kisah apa org nak ckp.
    bila ada org pndg sinis kat kita, dlm hati kita ckp "ada aku kisah..:-) "

    x dinafikan, ckp mmg sng, tp kita usaha jew...
    kuat kan hati yae nia insyirah...!!



    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH NODI SAYANG..insyaallah kte cuba untuk itu..kekadang kte rasa muka nih dah ckup lebar senyuman tapi mungkin sebab dalam hati ini ada satu perasaan yang amat dukacita..membuatkan muka nih kelihatan asyik bermasam dan bermuram..sampaikan semua orang sekeliling perasan dan tegur..apakan daya nodi...kte bukan robot y7ang takde perasaan..ermm...

    ReplyDelete