Wednesday 11 December 2013

Medan,Indonesia

05/12/2013 (KHAMIS)

Hari ini aku akan berangkat ke Medan, Indonesia dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 5.30 petang pada waktu Malaysia. Aku pergi ke sana atas dasar ada amali subjek hospitality in recreation pada sem 5 kali ini. Pengalaman pertama aku menaiki flight dan kali kedua aku ke luar Negara.

Everyone can fly!!
Muka berminyak bagai dah leh
goreng ikan...haha 
 pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Tidak boleh digambarkan betapa excitednya aku mahu ke sana.hoohoo… bila sampai disana pada jam 5.30 petang pada waktu Wilayah Indonesia Barat. Macam  masa tidak begerakkan!!haha…umpama masuk pintu doraemon…hehe… paling kelakar… kawan disebelah ku ketika itu Afifah sampai ketar lututnya kerana takot ketika aeroplane nak naik ke udara..haha…aku cuba tenangkan dia dan ketika itu juga aku gelak-gelak padanya…huhu… 
cantikkan?!

sungguh cantik permandangan di atas…dapat menembusi awan… awan umpama gula-gula kapas…dan sekali lagi aku terbayangkan doraemon dan nobita bermain di atas awan itu…hahaha… setibanya di Airport International Kuala Namu membuatkan aku makin tak sabar mahu menjelajah. Airport ini juga kelihat ye baru…memang baru kerana baru dua bulan ia beroperasi. 


Subhanaalllah..
Kami dah sampai medan!!!
muka excited nak check in hotel... 
semangat cari wifi... -.-



Airport International Kuala Namu 

Kami mencari supir(pemandu) yang akan menjemput kami ke Hotel Grand Sakura,Medan. Terlihat ada staff Hotel tersebut memegang kertas yang menulis nama,aku dan beberapa orang rakan semangat melihat kertas itu. Malangnya…itu bukan kami tapi orang lain…hahahaha… kami terpaksa menunggu agak lama.. dalam menunggu kenderaan ke hotel, kami sempat melihat sekitar Airport itu untuk mencari makanan. hanya satu kedai yang menarik perhatian kami,kedainya hanya biasa sahaya umpama 7eleven sahaja, apa yang menarik perhatian aku adalah…ada air coklat jenama Donone yang amat comel,botolnya berbentuk singa…

air coklat jenama Donone

aku terus beli nilanya dalam 3500rp(tak sampai singgit pon),huhu.. apabila kami sudah siap membeli,aku,kuyah dan jelia ketika itu ter’excited’ dengan minuman singa itu..kami terjumpa SinYee dan Hui,jika tak silap…aku pon berkata “sin,comelkan air ni??!!” Sin pula berkata “kawan2 u org tertinggal flight,u org boleh happy plak”.”hah!!!apa???!!”owh…u org tak taw ye, yg flight 7 setengah dah tertinggal flight” hah!!!yeke!!?? begitulah ceritanya… aku mula panic dan marah,ye lah bagasi aku semuanya pada latipah yang menaiki flight yang tertinggal itu.. mana akau nak cari baju… tapi mujuk lah mereka beli tiket baru dan flightnya pada malam itu juga,kalau tak menangislah aku..huhuhu..aku sampai ke hotel lebih kurang jam 10 malam dan disambut oleh rakan-rakan yang terdahulu sampai pada paginya…untung mereka dapat jejalan awal di Medan. Hotelnya cantiklah juga..aku dapat bilik yang agak tak best..semuanya tak ada tapi still ok.. kawan2 yang tertinggal flight tu pulak sampai ke hotel pada jam 12 malam waktu mengikut disana..huhu…  semasa aku mahu menjemput Latipah di lobby,ada plak geng2 dan termasuklah Dr.siti(lecturer) yang tak mahu tido lagi nak berkaorake…ermm…memang tak lah aku nak join…aku mahu berehat kok..haha.. ok..aku pon masuk tido…g unite!!

06/12/2013(JUMAAT)

WAHHH…pagi yang indah dimulakan dengan ceria…ok…first day untuk mulakan amali kami disini…seawal 7 pagi turun untuk bersarapan di hotel itu..makanannya…tak sedap!!rasanya macam biasa sahaja tapi tak boleh nak makan banyak…tak tahu kenape..huhu..terpaksa makan juga sebab kalau tak makan…pasni  dah tak ada makanan..huhu…sebab breakfast je yang disediakan.. pada jam 8.30 pagi Ibu Rosta(lebih kurang manager lah kot) member taklimat serba sedikit dan pembahagian position.  Aku di tugaskan dibahagian Bar Tender. Kerjanya menyediakan makanan yang sudah disedikan dan alatan yang akan diangkat oleh waiter kiranya macam orang tengah lah kan. Masuk jam 9 pagi…nasib baik ada dua kawan aku berdekatan dengan aku,kiranya aku tak keseorangan iaitu Engku dan Afifah,mereka dibahagian dapur…pembantu chef..huhu…bermulalah…tugasan kami!! Perkara yang pertama aku lakukan adalah mengelap sudu dan garpu..hoho…kerja aku tak banyak mana pun…tolong sikit-sikit je…angkat pinggan mangkuk je…tolong potong buah jeruk(limau) je…aku rasa itu jelah kerja aku…hahaha…masa untuk preparation makan siang(tengahari) adalah sesuatu yang aku belajar…iaitu belajar buat air…aku lupa apa nama air tu apa..paling kelakar time ada seorang ajar aku buat air tuh..nama orang aku tak tahu apa…tapi permah orang ye…muka dia macam Randy Panglalila(iye….ke dok ejaan namanya camne,yg penting dia nih artis sinetron,haha)
di dapur hotel
Randy: Mahu aku ajarkan kamu buat air..?
Aku: Boleh..
Randy: ok..
Aku: itu apa?(menunjuk ke sesuatu bekas yang terisi cincau)
Randy: ini lengkon..
Aku: ooo…panggilnya lengkon…jika si Malaysia panggilnya cincau,haha
Randy: haha…iya…iya…namanya cincau…lengkon itu kiranya bahasa pasar disini…haha..
Aku: itu apa?(sambil Randy membuka satu botol syrup yang agak pelik namanya kurnia,aku rasa ini hanya terdapat di sini sahaja sebab tak pernah jumpa..)
Randy: owh…ini syrup kurnia…enak sekali rasanya..
Aku: owh…iya…saya tak pernah jumpa..di Malaysia ini tak ada…
Randy: owh iya…nanti aku bagi kamu rasa ya..
Aku: iya..boleh…
Randy: tentu sekali boleh..kamu mahu es(ais)..?
Aku: boleh..
Randy: cukup?(sambil menunjukkan segelas ais)
Aku : iya..cukup..
Randy: ini jika ditambah dengan jeruk nipis…wangi baunya…kamu tahu itu jeruk nipis..
Aku : owh…maksud kamu limau nipis…haha
Randy: iya…haha..


nasi kotak
Lebih kurang camtu lah..haha..padahal air tuh bukan susah mana pun setakat letak cincau dengan sirap je..hahaha…lepas tuh dia offer aku makan bubur kacang hijau pula…memang tak sedap langsung…depan dia terpaksalah cakap…enak sekali ya…haha…tempat aku takde kerja..makanya aku menyibuk ke dapur..hoho…menolong bungkuskan nasi untuk karyawan(pekerja) disitu…yang lain ye dia menggunakan kotak dan dipanggil nasi kotak…huhu…dan satu lagi yang biasa je nasi bungkus pakai kertas pembungkus dan dilapik dengan daun pisang. Sekali lagi aku tak pandai membungkus…haha…Randy yang mengajar aku membungkus…memang agak susah sebab banyak sangat .. adalah 2-3 kali aku cuba…kali terakhir baru jadi sikit itu pun last2 Randy yang buatkan…hahaha.. kami keluar rehat jam 12 tengahari dan masuk pula jam 2 petang kerana hari itu hari jumat(jumaat). Kami pun masuk semula untuk tugasan…macam biasa tempat aku takde kerja..lagipun diorang tak bagi aku buat..aku pon pergi menyibuk ke dapur..tolong potong kepala udang…si engku dan afifah kena potong cili kampong..pedas aku tengok…haha…kami berborak je kerja kat dapur tuh…si Randy tuh pun datang menyibuk gak kat tempat aku,hahaha.. lepas jam 3 berakhir sudah tugasan aku.. yeah!!! Tak sabar mahu pergi jejalan…  owh…iye…yang paling kelakar…si randy tuh boleh plak dia cakap aku tipu dia… “kamu bilang kamu habis jam 4” “eh..mana ada…saya cakap jam 4 saya mahu keluar jalan-jalan,takpe lepas ini kamu dapat kawan baru pula” “mana sama dengan yang pertama” aku gelak je,hahaha.apa-apa je lah…haha…


saat yang ditunggu-tunggu mahu berjalan…aku berjalan dengan kumpulan yang besar seramai 11 orang…pertama kali menaiki angkut(van). Wah…cara orang disana sangat berbeza…bunyi hon sana sini itu perkara biasa…bunyi hon untuk memberitahu bukan utuk marah macam di Malaysia. Jalannya sangattttttttt sesak mengalahkan kuala lumpur…sangat respect cara mereka bertolenransi di jalan raya. Memang takkan jumpa di Malaysia. Perjalanan kami terasa sangat jauh…rupa-rupanyaaaaa..si supir angkut itu tak tahu tempat namanya pajak ikan(tempat menjual fabrik) tapi dia pergi bawa kami ke pasar ikan di pasar lalang,kawasan kampong yang amat menakutkan…





bukan apa..dengan kawasan yang agak serabut dengan jalan yang sesak…dan dipenuhi dengan anjing…kami diturunkan disitu…pengalaman yang takkan ku lupakan…nasib baik kami ramai…kami berjalan agak jauh juga…untuk mencari angkut lain…semasa menaiki angkut itu…nasib baik kami terjumpa dengan kakak yang baik..dia yang membantu kami ke Carefour..perjalanan mengambil masa 30 minit ku kira kerana jalannya yang sesak.. sesampainya disana hujan sangat lebat…untuk ke carefour kami perlu menaiki jejantas…sebelum itu kami perlu meredah hujan yang sangat lebat…kami lalu di tepi-tepi kedai..tiba-tiba ada seorang lelaki megamuk kerana kami lalu di depannya tanpa meminta lalu,dia terus mengugut “aku tumbuk!!!”. Kami terus lari dari situ kerana ketakutan.. sesampainya disana kami kebasahan yang amat sangat, disana kami terus menerjah kedai      EIGER yang menjual pelbagai barang outdoor yang tersangatlah murahnya…aku sempat membeli sandal di situ..huhu…sangat best buy harganya Cuma 125000rp(hanya RM33 sahaja). Kami juga sempat makan di situ, Nasi ayam penyek hanya 20000rp.. jam 8 kami sudah pulang ke hotel.. malam itu aku tidak melakukan apa-apa Cuma menonton tv di bilik.

07/12/2013(SABTU)

Hari kedua disini…hari terakhir untuk melakukan amali…pada hari ini aku shift petang makanya masuk jam 3 petang…pada sebelah paginya aku tidak melakukan apa-apa hanya bermain wechat dan tidur kerana semua orang malas nak keluar. Pada petang itu aku ditugaskan di laundry room…dan sekali lagi tempat aku ini tiada kerja memang bosan sangat!!!!Cuma ada lah memang pen seminit untuk mengisi borang selepas housekeeping membuat kerja. Makanya, aku meminta untuk menyertai kawan aku,ketika itu nabil dan nel untuk buat kerja housekeeping…sekurang-kurangnya aku ada kerja…belajar sesuatu disitu…belajr bagaimana mengemas bilik dan sebagainya…selepas itu kami hanya termenung dan tak buat apa-apa.. 15minit sebelum jam 7 kami sudah dibenarkan rehat…yeah!!!saat yang ditunggu-tunggukan..kami keluar makan di area hotel itu…berjalan kaki kesana…Cuma dekat sahaja..kami makan di kedai nasi ayam penyet sijorgo…sangat murah..lebih hanya 16000rp utuk nasi ayam penyet dan secawan teh o panas lebih kurang RM4 sahaja…hoho…nasinya pun enak…selepas makan jam 8 kami pulang semula ke hotel untuk memulakan tugasan semula…aku tidak masuk ke sana semula…malas…baik aku masuk bilik sahaja…jahatkan aku…hahahaha…maka berakhirlah cerita aku utk hari itu..dan berakhirlah sudah amali aku…huhu

08/12/2013(AHAD)

Pada jam 4 pagi…kami berkumpul di lobi untuk begerak ke Danau Toba di Parapat yang megnabil masa selama 4jam…sangat jauh…pada jam 7 pagi kami berhenti makan di sebuah gerai makan…aku makan soto dan air the o panas…harganya 25000rp lebih kurang Rm7,agak mahal disitu..kami mulakan perjalanan semula kesana…lebih kuarang jam  11.30 pagi kami sampai ke sana…bersiar sekitar disitu sementara menuggu bot jam 1.00 petang untuk ke Danau Toba(Tanah Orang Batak Asli), pengalaman yang amat menakutkan bila berada di sini. Orang batak di sini agak kasarkan dan menyeramkan suka memaksa orang untuk membeli barang mereka dan menipu.. disana juga ada muzium dan masih mengamalkan adat nenek moyang mereka.jika diberi peluang sekali lagi memang sudah tidak mahu ke sana lagi. Menaiki bot juga mengambil masa 40 minit. Pulang dari sana jam 7 malam…jalan di sana juga amat memeningkan dan kecil…seram rasanya… selepas pulang dari sana kami singgah sebentar di sebuah rumah makan(kedai makan) yang amat mahal..aku hanya makan nasi,sambal dan satu begedil harga 10000rp(lebih kurang RM2.70)..ku rasakan perjalanan amat jauh…kami samapi ke hotel pada jam 12 malam…lepas itu aku terus tidur kerana kepenatan..





09/12/2013(ISNIN)

Hari terakhir untuk kami berjaln-jalan…pada jam 9 pagi kami meaiki bas ke pejabat jeneral consol medan(kedutaan malaysia) d]sebelum itu kami bergambar dengan pengurus hotel tersebut dan ibu rosta. Kami berada di pejabat itu sehingga jam 1 petang selepas itu kami ke medan mall dan pajak ikan dan seterusnya terus pulang ke hotel. Aku terus mengemas barang dan jam 9.30 malam ke bilik afifah untuk masak megi dengan rakan-rakan yang lain,untuk malam terakhir dan akhirnya aku Berjaya masak megi..kerana sebelum ini aku minta air panas tak pernah dihantarnya..servis disini agak teruk sesuai dengan bintangnya tiga..hahaha…malam itu juga kami melepak di lobby..pada jam dua baru kami masuk tidur..







10/12/2013(SELASA)







Kami terakhir breakfast disini…selamat tinggal Hotel grand sakura,medan!!perjalanan ke airport amat mencabar kerana sesak oleh sebab banjir dah terpaksa mengambil pelbagai jalan…perjalanannya mengambil masa 2 jam 30 minit,amat lama…dan akhirnya kami selamat sampai ke airport jam 1 petang…seronok sangat dapat balik Malaysia…!!!l love malaysia!!!!!


No comments:

Post a Comment