Friday 23 January 2015

Kisah Kehidupan sehingga hari ini.

Assalamualaikum...

Hampir setahun rasanya aku tidak mencoret kisah kehidupan aku disini.. aku tidak ada minat yang  mungkin untuk berkongsi disini, sebenarnya terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku ini..tahun lepas aku baru sahaja menghabiskan pratikal aku selama enam bulan di sebuat resort di Melaka. kini aku menyambung pengajian aku untuk semester yang terakhir pada bulan Februari nanti. inshaallah.. dalm proses menyiapkan penyelidik projek tahun akhir mengenai panda di Zoo Negara. aku bukan nak bercerita mengenai pengajian aku..aku nak meluah mengenai kehidupan aku kini... syukur alhamduillah... Allah masih bagi peluang pada aku untuk terus hidup di usia 24 tahun ini...masih tidak percaya tetapi itulah hakikatnya sekarang. teringin aku berkongsi soal hati disini...cewaah...nak muntah plak aku rasa...takpe la sekadar pengkongsian atau cerita kosong sahaja. aku tak tahu nak mula macamana. ok la.. aku mula dengan..hati aku kini sudah mula sayang pada seseorang yang bergelar lelaki.. dah lama rasanya tiada perasaan macam ni..kali terakhir aku rasa gedik2 macam ni masa tingkatan 3 kot... pastu takde dah nak layan benda2 soal hati dan perasaan ni. meh la aku nak cerita sikit mengenai kisah kami.. aku gelarkan lelaki itu sebagai F. F yang kenal sekarang kalau ikutkan sudah tiga tahun tapi dalam tiga tahun tu macam2 dan semacam. pada tahun 2011 ada seseorang telah menghantar private message di facebook tu dengan nama facebook dia Kucing Samar.. aku ketika itu memang 200% tidak mengenali siapa gerangan manusia nih... ketika itu tengah malam aku dok serabut nak final exam kot... Kucing Samar hantar message pada aku, aku tanpa teragak layan je lah... saja suka2.. pastu kitaorang dok bertengkak pasal apa ntah la..aku pon kurang ingat...pastu sebabkan benda itu kami pon bertukar nombor telefon. maka mulalah kami berkawan dan ketika itu juga la aku kenal dia sebagai Kucing Samar lagi. pastu nak jadikan cerita aku pon gatal sangat ajak si Kucing Samar ni datang rumah hadiri majlis kahwin kakak aku ketika itu pada tahu 2012, aku siap bagi kad bagai kat si Kucing Samar ni. aku tak tahu nape aku semangat sangat nak ajak dia, sedangkan ketika itu aku tak tahu pun rupa dia, gemuk ke, pendek ke, juling ke apa ke kan.. First time dalam hidup aku, aku ajak kawan lelaki yang aku sendiri tak kenal datang rumah aku. yang pasti ketika itu Si Kucing Samar ni sangat berani datang rumah aku, padahal dia pon bukannya kenal aku sangat. Waktu first time jumpa dia, aku rasa macam dah lama kenal dia..eh..memang la aku rasa macam tu tiap malam dok berborak dengan dia. waktu itu juga dia bagitahu bahawa dia adalah F. aku pon tak perasan si kucing samar dengan F ni orang yang sama. aku pon balik tengok facebook buka lah facebook si F ni... Laaaaaaa.... si Kucing Samar dengan Si F ni orang yang sama. nak dijadikan cerita sebelum si Kucing Samar ni sapa aku kat facebook, aku pernah terniat dalam hati aku cakap macam ni sambil tengok facebook si F ni..teringin nak kawan dengan dia ni.. tuttt...tutt... ermmm...maka berkawan lah aku dengannya. waktu dalam tempoh itu juga dia datang sebelum,semasa, selepas majlis akak aku kahwin, jadi kami sempat keluar beberapa kali ditemani sahabat aku ketika itu. selepas itu dia ada datang ke tempat aku belajar untuk berjumpa. pada suatu hari, aku memutuskan persahabatan aku dengan dia.. dia banyak kali mesej aku, call aku, kat facebook tapi aku hanya senyapkan diri.. sebab apa aku buat macam tu sebab ummi aku cakap, ummi tak suka aku kawan dengan dia.. aku pun ambil keputusan untuk lupakan dia...dan aku pun harap dia dapat lupakan aku.. tapi dalam tempoh hampir satu tahun aku tak hubungi dia...dan dia juga tak lagi hubungi aku..sebenarnya dalam tempoh itu juga aku menharapkan dia juga menghubungi aku...aku tak pernah pon buang dia dalam hidup aku sebenarnya..pada penghujung 2013 dia tetiba datang menyapa aku di wechat buat kali pertama, ketika itu aku seronok sangat...sejak itu kami mula berhubung tetapi tidak lah kerap, hanya sekadar sahaja...makin hari kami makin menjadi rapat semula, selalu berhubung dalm telefon, selalu bertanya khabar sehingga berlarutan sehingga kini. aku berharap sangat dia lah insan yang akan menyerikan kehidupan aku...menjadi suami yang membimbing aku...menjadi ayah kepada anak- anak aku nanti...semoga Allah mudahkan segala urusan kami untuk jadikan hubungan ini halal...aamiin..aku tahu kita hanya merancang Allah yang tentukan segalanya...aku harap sangat dialah jodoh yang tercatat untuk aku.. berilah kesabaran, ketabahan. kekuatan untuk menghadapi hari mendatang... sekarang aku takut untuk menghadapan dengan realiti sebenar... realiti yang sangat pahit untuk aku telan.. bila tiba saatnya aku terpaksa berhadapan dengan situasi yang aku tidak sanggup hadapi.. Aku serahkan segalanya pada Allah, moga ada jalan yang menerangi kegelapan ini. Ada perkara lain yang lebih penting untuk aku nilai, untuk aku lihat, untuk aku buat... aku ada tanggungjawab yang besar untuk berbakti pada ummi abah, keluarga aku.. berilah aku peluang untuk berbakti pada mereka..

No comments:

Post a Comment