Thursday 29 November 2012

Pengembaraan Di Trail Wawasan

Assalamualaikum semua...

aku selalu tak tahu nak start tulisan aku macamana so aku dengan sesuka hati cap adabi ingin berkongsi salah satu pengalaman aku yang baru aku kutip semalam bersama hari rabu 28-11-12.. memang pengalaman ini dapat membuka mata bahawasanya ada dunia lain di belankang fakulti aku ini tak ku sanggup nasi bubur dah jadi nasi ayam,hahaha...

dalam aku dok sibuk-sibuk mendaki nih juga aku pasti sibuk bergambar juga...perkara wajjib tuh...apa yang aku nak bercerita adalah...jeng...jeng....

pergembaraan ini bermula....

aku pergi bersama dengan budak cosmate aku seramai lebih kurang 44 orang dan termasuklah lecturer aku En John(ini memang panggila untuk dia,katanya sejak jadi pelajar lagi aku dah lupa sebab apa..hee), dua orang anak ye yang tersangat energetic dan terlebih cerdik,pembantu makmal haram(tak habis belajar lagi dan sekadar sebagai peneman En.John),renjer hutan dan pengawai dari hutan simpan Ayer Hitam.

tempat yang kami pergi itu adalah di Taman Punchong Jaya bahagian Puchong Barat di Taman Wawasan.. Apa yang aku perhatikan di situ penduduknya berselerakkan dan terlalu padat. di tepi jalan penuh kereta yang berselerak menunggu di tunda. berbalik kepada pengembaraan ini. mengapa kami pergi ke sana?
sebab itulah kami...kami mahu melihat kesan yang terjadi pada kawasan tersebut yang telah dibuka kepada penduduk awam untuk berjogging atau jungle trekking.. dari situ kami melihat banyak kesan baik dan burukny dari segi sosial impact,soil impact,water impact dan vegetation impact.(ini apa yang aku belajar dalam kelas,hehe)

tak dinafikan persekitarannya dan permandangan cukup indah bak kata lecturer aku permandangan seumpama ini hanya terdapat di Gunung Tahan sahaja jadi ini menunjukkan kawasan ini mempunyai nilai yang tersendiri dan tak hairanlah kawasan ini menjadi rebutan antara pihak penduduk awam dan pihak berwajib(insyaallah hal ini aku akan ceritakan di entry seterusnya,sekarang aku malas lagi nak buka cerita pasal ini...aku tak habis kaji lagi.)

berbalik pada pengembaraan kami,kami melalui jalan dimana penduduk awam boleh masuk melaluinya untuk melalukan aktiviti rekreasi yang dibenarkan..trail in dipanggil Trail Wawasan(kalau tak silap aku). memang sepanjang perjalanan sehingga ke Bukit Nuang(Bukit yang tertinggi di Puchong,kalau tak silap aku) memang panoramanya cukup indah.. umpama berjalan di bawah canopy walk di Taman Negara.

pokok-pokok yang terdapat disitru cukup besar dan banyak terutamanya pokok-pokok balak. kalau taukeh balak namapak nih memang diaorang rambang mata melihatnya,hahaha(gelak orang kaya)..berangan je lebih.hee..

dari pengembaraan ini bbanyak yang aku dapat lebih seperti sebenarnya panorama di sepanjang trail wawasan nih lagi cantik berbanding trail yang ada di Hutan Simpan Ayer Hitam..hehe.. memang nampak perbezaannya.. tapi Hutan Simpan tetap hutan simpan. kita tidak boleh buat sewenang-wenangnya. menurut pengawai Hutan simpan Ayer Hitan kira-kira lebih 1000 penceroboh di kawasan tersebut. mereka hanya diberikan kebenaran untuk berekreasi di beberapa tempat.(nanti kalu ada peta aku tunjukkan) tapi ada yang masih degil teru menceroboh sempadan Hutan Simpan Ayer Hitam walaupun papan notis telah diletak di sempadan tersebut(biasalah manusia,mereka mahukan kepuasan) tapi mereka masih tidak boleh melakukan sesuka hati kerana kita ada undang-undang ye..


sejak bila pulak aku jadi skema pulak nih,hahaha…tak pe lah layan je lah. Sebenarnya aku dapat rasakan bahawanya tempat ini boleh dijadikan daya tarikan pelancong dalam dan luar jika ada pihak tertentu yang bertanggungjawab terhadap tempat tersebut takkan lah keran ada pihak tertentu untuk menjaga kepentingan Hutan tersebut sehingga tidak memebnarkan orang awam menggunakkannya sebab takut berlakunya kesan-kesan terhadap alam sekitaran dan kawasan yang sewaktu dengannya. Jadi disinilah peranan pihak yang berwajib menggunakan peranan dan tanggungjawab mereka dan tak bolehlah letakkan kesalahan dan beban 100% pada pengguna awam itu sendiri. disini aku ada paparkan sedikit sebanyak tempat tersebut. disebabkan aku terlalu mencari dimana kesan-kesan di antara penggunaan kepada awam sehingga aku lupa tentang keindahan yang ada disitu jadi tengok je lah apa yang ada. :)





















No comments:

Post a Comment